Isnin, 2 Oktober 2017

Selamat Datang OKTOBER


Alhamdulillah untuk sebulan lagi yang mendatang bagi tahun 2017. Dah tercapai ke segala impian dan azam dari Januari 2017 hingga harini? Dah senaraikan segala azam dan impian dah capai atau belum capai?Bagi yang dah tercapai dengan jayanya ucapkan Syukur Alhamdulillah.Terima kasih pada Tuhan yang telah memberikan rezeki yg kita impikan. Bagi yang belum tercapai lagi jangan putus asa.In shaa Allah masih ada waktu untuk kita teruskan usaha dan tambahkan lebih usaha anda..

.
Tidak ada jalan pintas untuk berjaya , ingat tu tuan/puan.Dalam liku-liku itu pasti ada kemanisan dan nikmatnya di kemudian hari.Jangan gundah jika kita rasa masih sangat singkat untuk kita capai segala azam dan keperluan yang kita nak.Setiap hari pastikan kita buat checklist apa yang perlu dibuat dengan kadar segera.Masih di awal permulaan Oktober, jadi marilah kita gunakan masa yang ada dengan cermat kerana MASA ITU EMAS..

.
FN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dugaan itu Rahmat dan Banyak Hikmahnya.

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman: 13) Apakah hikmah di sebalik dugaan:- Tand...