Selasa, 10 Oktober 2017

5 Perkara Yang Usahawan Berjaya Lakukan Setiap Hari





Setiap dari kita pasti inginkan kehidupan yang lebih selamat dan selesa.Salah satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan berniaga. Dimana 9/10 rezeki yang selamat ialah berniaga tapi dengan niat yang baik-baik je.Tapi, tahukah anda cara bagaimana yang betul untuk kita menjadi ahli perniagaan yang sukses dan disenangi ramai? Antara yang saya ingin kongsikan ialah seperti tips dibawah..

1. Makan Sarapan. Untuk bekerja pada tahap prestasi yang kemuncak, tubuh anda memerlukan tenaga. Anda bukan hanya sekadar minum secawan kopi dalam perjalanan ke pejabat, tetapi anda mengambil masa beberapa minit untuk makan makanan sihat atau minum jus berprotein, tidak kira di mana sahaja anda berada..

2. Merancang Hari Anda. Perkara pertama pada waktu pagi, lihat kalendar anda dan aturkan jadual anda mengikut kepentingan. Jika anda mempunyai masa-masa tertentu yang terbaik untuk bekerja dalam sehari, gunakan masa itu dengan sebaiknya untuk lakukan kerja-kerja yang memerlukan ketenangan. Saya membuat kerja terbaik saya pada waktu pagi, jadi saya cuba untuk jadualkan sekurang-kurangnya 90 minit untuk kerja-kerja penulisan saya setiap hari sebelum saya menguruskan aktiviti harian lain. Demi menjaga tenaga anda supaya konsisten sepanjang hari, jadualkan waktu rehat yang kerap dan singkat untuk anda makan makanan ringan yang sihat..

3. Ingat Tujuan Anda. Ambil sedikit masa pada permulaan setiap hari kerja untuk mengingatkan diri anda tentang matlamat syarikat anda. Fikirkan tentang pelanggan utama anda dan bidang perniagaan anda yang paling menguntungkan. Kita sering kali terjebak tumpuan dalam mengerjakan tugasan harian kita sehingga kita lupa apa yang membuat kita bahagia dan apa yang membawa keuntungan sebenarnya..

4. Hargai Masa Anda. Tidak seperti wang, masa adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui. Tiada cara lain untuk mendapatkan lebih masa. Jaga masa anda dan gunakannya untuk melakukan perkara yang paling penting untuk diri sendiri dan syarikat anda. Elakkan gangguan sebaik yang boleh. Sama ada anda mengetuai atau menghadiri mesyuarat, secara online atau secara peribadi, dapatkan kepastian tentang masa permulaan dan masa berakhirnya mesyuarat itu. Apabila seseorang meminta masa anda untuk konsultasi atau bermesyuarat, cuba minta soalan-soalan terlebih dahulu supaya anda boleh menyelidik sesuatu perkara itu lebih awal. Ini akan membolehkan anda menumpukan perhatian pada masa dan tugasan anda.

5. Kosongkan Meja Anda. Pada akhir setiap hari, bersihkan semak dari meja anda. Simpan pen, tindanan kertas-kertas dan aturkan barangan lain. Sebuah meja yang teratur akan memberikan pencerahan yang jelas untuk hari berikutnya dan menghalang anda dari terasa buntu dengan kerja semalaman.

Begitulah sedikit sebanyak yang perlu kita lakukan setiap hari untuk menjadi Ushawan Berjaya.Tiada jalan singkat untuk mengecapi kejayaan sebegini tau. Semua pun mesti usaha dengan tindakan.Jika kita dah berjaya kelak, berapa ramai yang kita boleh bantu esok lusa?Kita bukan tahukan kerana REZEKI milik Allah swt yang dipinjamkan kepada kita utk membantu orang-orang yang memerlukan..

.
FN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dugaan itu Rahmat dan Banyak Hikmahnya.

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman: 13) Apakah hikmah di sebalik dugaan:- Tand...