Rabu, 11 Oktober 2017

Cantik dengan Kiub Ice






Tahukah anda sebenarnya ais merupakan salah satu terapi kecantikan yang banyak manfaatnya untuk kulit wajah? Dengan menggunakan kiub ais sahaja, anda boleh mendapatkan kulit yang cantik dan berseri. Pernah kah anda cuba sebelum ni ataupun masih tidak tahu lagi manfaat dan kebaikan ice untuk kecantikan wajah anda?

.
Saya sharekan sedikit info untuk  newbie atau yang masih ragu-ragu dengan kelebihan ice untuk wajah.Lepas ni dah boleh cuba dan amalkan tau..Antaranya ialah :-

.
Menjadikan Kulit Bercahaya Kiub ais akan membantu melancarkan peredaran darah di mana kulit anda akan kelihatan sihat bercahaya secara semulajadi sekiranya diletakkan pada bahagian wajah . Untuk memberikan kesan yang lebih , anda boleh juga menggunakan kuib ais buah- buahan ke atas wajah anda..

Mengurangkan Noda Penggunaan kiub ais dapat mengurangkan noda, radang serta kemerahan jerawat pada wajah . Anda boleh terus meletakkan kiub ais ke atas jerawat untuk beberapa saat sehingga merasa kebas . Lakukannya pada setiap pagi dan malam untuk hasil yang maksimun.
Merawat Mata Panda Kombinasi jus timun dan air rose yang telah dibekukan boleh diletakkan di bawah mata atau lingkaran hitam . Ianya dapat mengurangkan bengkak bawah mata akibat tidur lewat malam .

Penyegar Kulit Wajah Kiub ais merupakan pelancar atau penyegar kulit yang murah . Anda boleh menggunakannya sebelum memakai alat solek supaya liang – liang pori mengecil . Keadaan itu akan menjadikan bedak asas anda kemas dan sempurna .

Pengganti Alat Solek Anda tidak punya banyak masa untuk memakai alat solek ? Jadi , letakkan sahaja kiub ais di wajah anda menggunakan kain balut . Ianya akan menjadikan wajah anda kelihatan berseri dan semulajadi tanpa penggunaan sebarang alat solek .

Menghalang Kedutan Penggunaan kiub ais pada wajah dapat melambatkan wujudnya garis – garis penuaan serta mengurangkan garis – garis penuan yang sedia ada..

.
Lihatlah begitu banyak kebaikan kan?Lepas ni memang tak tinggallah ice cube sebab boleh jadi cantik semulajadi..

.
FN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dugaan itu Rahmat dan Banyak Hikmahnya.

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman: 13) Apakah hikmah di sebalik dugaan:- Tand...