Rabu, 4 Oktober 2017

TIPS PALING MUDAH, MINUM AIR CUKUP 3LITER SEHARI!


Air kosong, nampak mudah hendak minum, akan tetapi ternyata bukan mudah seperti disangka. Lebih - Lebih lagi, mengikut sukatan keperluan berat badan dan paras air yg setara, dengan berat badan kita.
Air adalah satu elemen yang sangat penting didalam tubuh kita, ini kerana kandungan air dalam badan manusia 60% - 70% dari berat badan. Kandungan air dalam lemak, hanya 10%, tetapi bagi mereka yang obesiti, kandungan air dalam tubuh adalah kurang 60% . Jadi pengambilan air yang mencukupi secara konsisten membekalkan tubuh yg cergas, sihat dan mampu mendapatkan berat yang ideal..

.
Becerita pasal air, dan ada yang mengadu bimbang jika minum air berlebihan perot akan kelihatan buncit, sebenarnya perkara utama terjadi begitu berpunca dari mereka yang gemar makan bersulamkan air. 
Saranan terbaik yang perlu diamalkan ialah minum air kosong 1-2 gelas 20minit sebelum waktu makan, ianya bagus untuk sistem penghadaman kita, dan dalam masa yang sama membantu mengelak kita makan terlalu banyak, bila waktu makan tiba..

.
Minum air kosong juga salah satu cara untuk kita kekal kurus dan langsing lebih-lebih lagi yang suka amalkan supplemen dan ubat-ubatan setiap hari. Jika nakkan result yang berkesan bagi yang nak kurus tu betterlah amalkan air putih je dalam diet harian ok. Yang taknak kurus pun mesti juga minum tau untuk kesihatan dalaman dan kecantikan wajah semulajadi..

.
FN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dugaan itu Rahmat dan Banyak Hikmahnya.

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman: 13) Apakah hikmah di sebalik dugaan:- Tand...