Isnin, 30 Oktober 2017

IMKK 2017




Pengalaman paling berharga bila kita dapat berguru dengan insan sehebat Dr.Azizan Osman (DAO) nama panggilannya.Pengalaman yang pasti saya tidak dapat lupakan kerana setiap Elmu Ilmu yang diajar semuanya berbaloi dan memberi kesedaran kepada diri saya sendiri..

.
2 PERKARA WAJIB KENA JAGA JIKA NAK KAYA BERJAYA..

-->Hubungan dengan SOURCE (Tuhan)

-->Hubungan dengan manusia UTAMANYA IBU BAPA

.
Siapa sangka dengan memperbaiki 2perkara ini memudahkan perjalananan anda KAYA dan BERJAYA.Tak suruh buat lain pun melainkan 2benda ni je. Anak terutama anak lelaki wajib pegang Ibu Ayah sebagai "KERAMAT HIDUP" untuk sentiasa mendoakan kita siang malam tanpa henti untuk capai segala yang kita impikan..

.
Isteri pula taat dan patuh pada Suami melainkan perkara yang tak diredhai Allah swt untuk kita menjadi insan wanita solehah dan menjadi bidadari Syurga Allah swt .Nak berjaya dan kaya di dunia juga wajib utamakan SUAMI sebagai titian nak KAYA BERJAYA dengan barakah dan berkekalan..

.
Jika nak dirumuskan 3 hari class KOLAM JIWA ni memang sangat panjang. Sebab terlalu banyak input yang dikongsikan DAO untuk kami sedar diri, apa yang kami  nak dalam hidup ini. Nak capai IMPIAN ada prosedur dan paling utama ialah bersihkan KOLAM JIWA kita ni tadi.Lepas tu bertindaklah dengan segera dan jangan BERTANGGUH.Jangan diikutkan hasutan "biawak" dalam diri ni.Apa yang kita nak boleh berlaku tapi dengan tindakan berElmu Ilmu.Kalau tak pandai kena belajar dengan Guru yang PROVEN SUCESS.Bukan semborono je ok..

.
Akhir kata, siapa yang rasa diri dia sering diselimuti nilai NEGATIF yang banyak, saya sarankan pergilah IMKK ni dulu sebagai langkah pertama anda nak berubah. Yang nak KAYA BERJAYA dalam kamus hidup sangat-sangat digalakkan yang dah lama berkahwin dan nak segarkan kembali jalinan kasih dan cinta pun digalakkan sebab ada banyak benda yang boleh kita refresh kembali dalam hubungan suami isteri..

.
Carilah Ilmu hingga ke negeri China bak kata orang sebab selagi kita tak belajar tak topup Ilmu kita tak tahu apa perkara baru dalam hidup yang akan merubah hidup menjadi KEHIDUPAN TERINDAH..

.
FN

.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dugaan itu Rahmat dan Banyak Hikmahnya.

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman: 13) Apakah hikmah di sebalik dugaan:- Tand...