Rabu, 18 Oktober 2017

Ayat “Power” Parents Harus Katakan Kepada Anak Untuk Cipta Bonding Yang Kuat.




Kunci kepada sesebuah hubungan adalah komunikasi. Tidak kiralah hubungan suami isteri, kawan-kawan ataupun dengan anak-anak. Komunikasi yang berkesan antara ibu bapa dan anak-anak dapat mewujudkan perhubungan yang positif untuk perkembangan dan tumbesaran mereka..
Ibu bapa perlulah peka dengan apa yang mereka katakan dan bagaimana mereka mengatakan sesuatu kepada anak mereka. Kadang-kadang di hadapan anak-anak, ibu bapa mungkin terlepas mengatakan sesuatu yang negatif dan amatlah penting untuk anda menyedarinya. Ini kerana, anak-anak mudah meniru apa sahaja yang dilakukan oleh ibu bapa mereka..
Oleh itu sangat penting untuk anda mengetahui apa yang seharusnya anda katakan kepada anak anda untuk membentuk hubungan yang lebih erat dengan mereka. Jom baca apa yang saya amalkan dan kongsi bersama anda..
.

“MOMMY AYAH SAYANG AWAK”

Ucapan sayang ini bagus sekiranya anda praktikkan sedari mereka masih kecil agar mereka akan terbiasa dan belajar untuk menyayangi orang di sekeliling mereka. Sebelum mereka masuk tidur, salam dan cium peluk anak-anak dan bisikkan “Goodnight I Love You” kepada mereka. Mesti mereka tidur sambil tersenyum..

.

“WAHH PANDAINYA DIA…” 

Ini juga secara tidak langsung dapat mendidik mereka untuk menjadi ringan tulang untuk membantu anda dan orang lain. Hubungan anda dan anak pun akan menjadi lebih rapat. Mereka mungkin akan menganggap anda ibu bapa yang cool kerana sentiasa peka dan memberi perhatian kepada mereka..

.

“Thank you, SAYANG…”

Begitu juga dengan anak anda. Kebanyakan ibu bapa mungkin menganggap bahawa ungkapan terima kasih kepada anak kecil anda tidak memberikan makna apa-apa. Tetapi, dengan ucapan terima kasih itu dapat mengajar anak anda untuk menghargai orang lain.Dan mereka pula akan ucapkan Thank You setiap kali parents beri sesuatu dan bantu..

.
“MOMMY AYAH MINTA MAAF…”
Ramai yang beranggapan bahawa kanak-kanak tidak layak untuk menerima ucapan maaf. Anda sebenarnya salah kerana kanak-kanak juga mempunyai perasaan. Walaupun sebagai ibu bapa, anda tidak seharusnya bersifat ego untuk meminta maaf dengan mereka sekiranya anda melakukan kesalahan kepadanya..
Tidak ada salahnya untuk anda meminta maaf kepada mereka. Perbuatan ini bukan untuk memanjakan mereka tetapi sekaligus akan mendidik mereka untuk belajar mengaku kesilapan dan menghormati orang lain tanpa mengenal status..
.
Alhamdulillah dengan sedikit perkongsian dan amalkan selalu anda parents telah berjaya mencipta sendiri bonding itu untuk kehidupan yang lebih nikmat rahmat dengan kasih sayang dan ihsan.Jangan pernah rasa salah untuk melakukan semua ini, kerana anak-anak ini membesar dengan cepat dan sekelip mata mereka pula telah berada di tempat kita sekarang.Dan dengan amalan mulia ini mereka akan praktikkan pula untuk anak-anak mereka.Inshaa Allah..
.
FN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dugaan itu Rahmat dan Banyak Hikmahnya.

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman: 13) Apakah hikmah di sebalik dugaan:- Tand...