Rabu, 25 Oktober 2017

Tips Memerahkan Bibir Secara Semulajadi, Agar Cantik Menawan!




Bibir adalah sebahagian dari tubuh manusia dan juga mencerminkan imej dan personaliti seseorang itu. Ianya juga adalah sebahagian aset penting bagi wanita, kerana bibir juga mencerminkan kesihatan. Bibir yang kusam dan tidak bermaya tentunya akan menyebabkan wajah lesu dan tidak bermaya.
Apakah petua memerahkan bibir? Adakah cara memerahkan bibir tanpa apa-apa produk?
Kami ada jawapannya.Berikut adalah tips-tips penjagaan bibir supaya sentiasa kelihatan merah dan menawan.Dan apa yang saya sendiri amalkan untuk berkongsi dengan yang lain..
.
GUNAKAN MADU
Untuk memerahkan bibir, sapukan pada bibir hingga merata kemudian biarkan ianya meresap kepada bibir selama 15 hingga 20 minit.Setelah itu, basuhlah dengan air biasa atau suam. Lakukan rutin ini 3 atau 4 kali dalam seminggu. Insya-Allah, dalam beberapa minggu, bibir anda akan kelihatan cerah dan kemerahan.
.
SAPU MINYAK ZAITUN
Campurkan minyak zaitun dengan sedikit gula, kemudian sapu pada keseluruhan bibir dan tunggu beberapa minit. Selepas itu, urut keliling bibir secara perlahan dengan arah lawan jam, kemudian bilas sehingga bersih.

.
LETAK MENTEGA
Sapukan mentega pada bibir setiap kali hendak masuk tidur.

.
SCRUB DENGAN GULA DAN VASELINE
Sapukan vaseline dahulu dan kemudian letak gula ,biarkan 5minit. Kemudian gosok perlahan-lahan sehingga kulit kering pada bibir menggelupas. Basuh dengan air dan lapkan. PERCAYALAH bibir anda jadi sangat lembut..

.
Jangan lupa cuba dan kongsikan pula dengan yang lain tau.Inshaa Allah kita berikan seberapa banyak manfaat kepada orang yang memerlukan..

.
FN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dugaan itu Rahmat dan Banyak Hikmahnya.

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman: 13) Apakah hikmah di sebalik dugaan:- Tand...