Selasa, 24 Oktober 2017

PETUA HILANGKAN SAKIT KEPALA & MIGRAIN TANPA PANADOL


“Aduh, berdenyut-denyut rasa kepala ni. Nak buat kerja pun tak dapat fokus, dah lah nak siapkan cepat ni. Malasnya nak keluar cari Panadol. Ada tak petua atau cara hilangkan sakit kepala tanpa ubat atau Panadol ya?”

.
Biasa saya dengar "Tak elok makan Panadol selalu sangat kerana boleh kena penyakit buah pinggang jika tak kawal penggunaanya.
Tak kira lah apa jenis Panadol kerana ada campuran bahan kimia yang boleh rosakkan tubuh badan."Tapi ,kadangkala kerana terpaksa saya ambil juga tapi jarang-jarang kerana saya tahu natijahnya jika ambil dalam kuantiti yang banyak.."

.
Tapi tidak bermakna kita hanya bertahan semata kerana takut effek kemudian hari.Ada petua lebih selamat dan berkesan untuk kita cuba..

.
Bahan-bahan
  • Air suam
  • Cuka epal organik
  • Madu asli
Cara-cara
1. Campurkan 1 sudu besar cuka epal dan 1 sudu besar madu asli ke dalam air suam. Pastikan sudu plastik ya supaya zat madu tak hilang. (Sudu besi tak sesuai untuk madu.)
2. Baca selawat 3 kali dan terus minum. Seeloknya bilas mulut dengan air masak untuk mengelakkan daripada gigi reput sebab kuantiti asid dalam cuka epal ni agak tinggi. Boleh hilangkan rasa masamnya sekali. Kalau malas nak bilas mulut, boleh minum dengan straw.
3. Lepas minum terus tidur. Insha Allah lepas bangun tidur nanti, rasa sakit kepala terus hilang.
.

NOTA TAMBAHAN

Cuka epal memang rasanya masam dan tinggi asid. Tapi ia tak membahayakan tubuh. Setahu saya, bila di dalam tubuh ia berubah jadi alkali, seperti fungsi lemon. Cuma pastikan minum masa perut kosong sebab ia mungkin boleh menjadi asid kalau dalam perut ada makanan yang boleh menyebabkan gastrik.
.
Jika masih berlanjutan, usaha pula dengan cara BERBEKAM , Inshaa Allah dapat mengurangkan sakit kepala malah mendapat PAHALA dari Amalan Sunnah Nabi ni..Lebih lagi pada hari Selasa.Rasulullah saw ditanya tentang hari Selasa, 

.
Maka Beliau menjawab : Hari Selasa adalah Hari Berdarah. Para sahabat bertanya : Mengapa demikian ya, Rasulullah? Lalu Beliau menjawab: Kerana pada hari itulah Siti Hawa Haid & Putra Adam membunuh saudaranya sendiri. Sebahagian Ulama telah menjelaskan bahawa pada hari selasa ada 7 Jiwa yang bernyawa dibunuh.Maka, barang siapa yang ingin berbekam hendaklah ia melakukan pada hari Selasa. Demikian 7 peristiwa yang berlaku pada hari Selasa yang dimana setiap peristiwa tersebut mempunyai hikmah dan pengajaran yang dapat kita ambil ikhtibar daripadanya.
#DoTheSunnah
.
FN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dugaan itu Rahmat dan Banyak Hikmahnya.

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman: 13) Apakah hikmah di sebalik dugaan:- Tand...