Isnin, 30 Oktober 2017

IMKK 2017




Pengalaman paling berharga bila kita dapat berguru dengan insan sehebat Dr.Azizan Osman (DAO) nama panggilannya.Pengalaman yang pasti saya tidak dapat lupakan kerana setiap Elmu Ilmu yang diajar semuanya berbaloi dan memberi kesedaran kepada diri saya sendiri..

.
2 PERKARA WAJIB KENA JAGA JIKA NAK KAYA BERJAYA..

-->Hubungan dengan SOURCE (Tuhan)

-->Hubungan dengan manusia UTAMANYA IBU BAPA

.
Siapa sangka dengan memperbaiki 2perkara ini memudahkan perjalananan anda KAYA dan BERJAYA.Tak suruh buat lain pun melainkan 2benda ni je. Anak terutama anak lelaki wajib pegang Ibu Ayah sebagai "KERAMAT HIDUP" untuk sentiasa mendoakan kita siang malam tanpa henti untuk capai segala yang kita impikan..

.
Isteri pula taat dan patuh pada Suami melainkan perkara yang tak diredhai Allah swt untuk kita menjadi insan wanita solehah dan menjadi bidadari Syurga Allah swt .Nak berjaya dan kaya di dunia juga wajib utamakan SUAMI sebagai titian nak KAYA BERJAYA dengan barakah dan berkekalan..

.
Jika nak dirumuskan 3 hari class KOLAM JIWA ni memang sangat panjang. Sebab terlalu banyak input yang dikongsikan DAO untuk kami sedar diri, apa yang kami  nak dalam hidup ini. Nak capai IMPIAN ada prosedur dan paling utama ialah bersihkan KOLAM JIWA kita ni tadi.Lepas tu bertindaklah dengan segera dan jangan BERTANGGUH.Jangan diikutkan hasutan "biawak" dalam diri ni.Apa yang kita nak boleh berlaku tapi dengan tindakan berElmu Ilmu.Kalau tak pandai kena belajar dengan Guru yang PROVEN SUCESS.Bukan semborono je ok..

.
Akhir kata, siapa yang rasa diri dia sering diselimuti nilai NEGATIF yang banyak, saya sarankan pergilah IMKK ni dulu sebagai langkah pertama anda nak berubah. Yang nak KAYA BERJAYA dalam kamus hidup sangat-sangat digalakkan yang dah lama berkahwin dan nak segarkan kembali jalinan kasih dan cinta pun digalakkan sebab ada banyak benda yang boleh kita refresh kembali dalam hubungan suami isteri..

.
Carilah Ilmu hingga ke negeri China bak kata orang sebab selagi kita tak belajar tak topup Ilmu kita tak tahu apa perkara baru dalam hidup yang akan merubah hidup menjadi KEHIDUPAN TERINDAH..

.
FN

.


Jumaat, 27 Oktober 2017

Ad- Dukhan bacaan hari JUMAAT




Kelebihan Dan Fadhilat Surah Ad-Dukhan 

Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Ad Dukhan ini, diantaranya: 

1. Dari Khalil bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam Al Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan Haa Miim, akan datang di depan setiap pintu nerakajahanam dan memohon kepada Allah SWT dengan katanya; “Ya Allah! Janganlah Dikau masukkan ke dalam neraka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku.” (HR: Al Baihaqi). 

2. Daripada Zaid Ibnu Haritsah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Ibnu Zayyad; “Sesungguhnya aku simpan sesuatu, maka apakah ia?. Maka Nabi SAW simpan baginya surah Ad-Dukhan, maka baginda bersabda dia ialah (Ad-Dukhan) dan bersabda lagi; Pergilah. Masyaallah, kemudian dia pergi”. 

3. Dari Abi Ja’far r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca surah Ad-Dukhan dalam solat-solat fardhu dan nafilahnya (sunatnya), maka Allah akan membangkitkannya bersama orang-orang yang mendapatkan penjagaan Allah pada hari Kiamat, menaunginya di bawah Arsy-Nya, menghisabnya dengan mudah dan memberi kitab (catatan amal) nya dari sebelah kanannya.” (HR: Abu Hamzah Tsumali) 

.
Khasiat Ayat-Ayat Surah Ad-Dukhan 

Mengamalkan membaca keseluruhan surah Ad-Dukhan ini, akan terselamat dari segala gangguan. 

Khasiat ayat 1-8 – Membantu membinasakan musuh. 
Khasiat ayat 12 – Dijauhkan daripada ditimpa bala. 
Khasiat ayat 68-73 - Dapat membantu memenangi berhujah. 

.
FN

Khamis, 26 Oktober 2017

TIPS PERGI HAJI DI USIA MUDA




TIPS PERGI HAJI DI USIA MUDA
Tahukah anda? Kalau anda baru mendaftar haji dalam masa terdekat ini, giliran anda menunaikan Haji adalah pada tahun 2100 ke atas? (Diberitahu dalam kursus Haji Perdana baru-baru ini.) Sanggup anda menunggu sepanjang tempoh itu?
Jangan risau. Itu cuma anggaran tahun. Tak mustahil boleh dipercepatkan lagi dengan izin Allah. Di sini saya nak kongsikan beberapa langkah yang boleh kita usaha demi mendapatkan giliran haji ketika usia muda atau sekurang-kurangnya untuk “lajukan” giliran kita.
Cara-cara ni semuanya inshaAllah boleh dilakukan oleh anda semua. Saya tulis ringkas dalam bentuk point sahaja ya, supaya lebih jelas dan mudah difahamkan. Ada 4 langkah semuanya .
.
1) Buka akaun Tabung Haji.
2) Daftar Haji. Untuk mendaftar, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 di dalam akaun Tabung Haji. Kemudian anda akan diberi jangkaan tahun berapa anda bakal menunaikan haji. Lokasi untuk mendaftar : Di mana-mana cawangan TH, laman web TH, Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank, atau ATM BIMB
3) Kumpulkan duit sekurang-kurangnya RM10k. Mungkin part ni kita akan rasa susah sedikit. Tapi kalau kita memang betul-betul bersungguh nak capai RM10k tu, inshaAllah tempoh menunggu tu tidak lama jika kita konsisten menabung. 
4)
a)Bila duit dalam akaun anda dah cukup RM10k, anda dah boleh mula buat rayuan. Kalau tak cukup RM10k pun sebenarnya boleh merayu, tapi kebiasaannya pihak Tabung Haji akan melihat adakah wang kita sudah mencukupi untuk membayar pembiayaan haji.
Dikhuatiri jika rayuan diluluskan, tiba-tiba duit belum cukup, jadi tawaran perlu ditolak dan perlu diganti dengan orang baru. Jadi sebaiknya anda cukupkan dahulu RM10k tersebut di dalam akaun anda.
b) Setiap tahun, Tabung Haji akan membuka kaunter rayuan Haji. Anda perlu alert bilakah tarikh kaunter ini dibuka. Ia tidak dibuka sepanjang tahun. Ketika inilah ramai orang akan mula menulis surat rayuan dan menyatakan sebab-sebab kukuh mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan mereka. (untuk surat rayuan ini, cubalah beri alasan dan sebab yang kuat mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan anda).
c) Ada lagi kuota kosong pada setiap tahun akibat kematian. Iaitu apabila calon haji itu meninggal sebelum sempat menunaikan haji pada tahun tersebut. Jika yang meninggal itu lelaki, dan dia pada asalnya mahu menunaikan haji dengan isterinya, bermakna kuota isterinya juga perlu diganti dengan orang lain. Kerana wanita yang kematian suami, di dalam tempoh iddah, tidak boleh menunaikan ibadah haji.
.
Ibadah haji bukan milik orang kaya. Ia milik semua. Ada orang kaya yang tidak dapat pergi kerana masalah kesihatan, ada orang yang kurang kaya tapi dapat juga akhirnya menunaikan haji kerana gigih menabung serta tidak henti berdoa.
Allah yang berhak pilih siapakah tetamuNya, maka buktikanlah kepada Dia bahawa anda sungguh-sungguh mahu ke sana dengan segera, ketika umur masih muda dan jasad masih kuat.
.
FN

Rabu, 25 Oktober 2017

Tips Memerahkan Bibir Secara Semulajadi, Agar Cantik Menawan!




Bibir adalah sebahagian dari tubuh manusia dan juga mencerminkan imej dan personaliti seseorang itu. Ianya juga adalah sebahagian aset penting bagi wanita, kerana bibir juga mencerminkan kesihatan. Bibir yang kusam dan tidak bermaya tentunya akan menyebabkan wajah lesu dan tidak bermaya.
Apakah petua memerahkan bibir? Adakah cara memerahkan bibir tanpa apa-apa produk?
Kami ada jawapannya.Berikut adalah tips-tips penjagaan bibir supaya sentiasa kelihatan merah dan menawan.Dan apa yang saya sendiri amalkan untuk berkongsi dengan yang lain..
.
GUNAKAN MADU
Untuk memerahkan bibir, sapukan pada bibir hingga merata kemudian biarkan ianya meresap kepada bibir selama 15 hingga 20 minit.Setelah itu, basuhlah dengan air biasa atau suam. Lakukan rutin ini 3 atau 4 kali dalam seminggu. Insya-Allah, dalam beberapa minggu, bibir anda akan kelihatan cerah dan kemerahan.
.
SAPU MINYAK ZAITUN
Campurkan minyak zaitun dengan sedikit gula, kemudian sapu pada keseluruhan bibir dan tunggu beberapa minit. Selepas itu, urut keliling bibir secara perlahan dengan arah lawan jam, kemudian bilas sehingga bersih.

.
LETAK MENTEGA
Sapukan mentega pada bibir setiap kali hendak masuk tidur.

.
SCRUB DENGAN GULA DAN VASELINE
Sapukan vaseline dahulu dan kemudian letak gula ,biarkan 5minit. Kemudian gosok perlahan-lahan sehingga kulit kering pada bibir menggelupas. Basuh dengan air dan lapkan. PERCAYALAH bibir anda jadi sangat lembut..

.
Jangan lupa cuba dan kongsikan pula dengan yang lain tau.Inshaa Allah kita berikan seberapa banyak manfaat kepada orang yang memerlukan..

.
FN

Selasa, 24 Oktober 2017

PETUA HILANGKAN SAKIT KEPALA & MIGRAIN TANPA PANADOL


“Aduh, berdenyut-denyut rasa kepala ni. Nak buat kerja pun tak dapat fokus, dah lah nak siapkan cepat ni. Malasnya nak keluar cari Panadol. Ada tak petua atau cara hilangkan sakit kepala tanpa ubat atau Panadol ya?”

.
Biasa saya dengar "Tak elok makan Panadol selalu sangat kerana boleh kena penyakit buah pinggang jika tak kawal penggunaanya.
Tak kira lah apa jenis Panadol kerana ada campuran bahan kimia yang boleh rosakkan tubuh badan."Tapi ,kadangkala kerana terpaksa saya ambil juga tapi jarang-jarang kerana saya tahu natijahnya jika ambil dalam kuantiti yang banyak.."

.
Tapi tidak bermakna kita hanya bertahan semata kerana takut effek kemudian hari.Ada petua lebih selamat dan berkesan untuk kita cuba..

.
Bahan-bahan
  • Air suam
  • Cuka epal organik
  • Madu asli
Cara-cara
1. Campurkan 1 sudu besar cuka epal dan 1 sudu besar madu asli ke dalam air suam. Pastikan sudu plastik ya supaya zat madu tak hilang. (Sudu besi tak sesuai untuk madu.)
2. Baca selawat 3 kali dan terus minum. Seeloknya bilas mulut dengan air masak untuk mengelakkan daripada gigi reput sebab kuantiti asid dalam cuka epal ni agak tinggi. Boleh hilangkan rasa masamnya sekali. Kalau malas nak bilas mulut, boleh minum dengan straw.
3. Lepas minum terus tidur. Insha Allah lepas bangun tidur nanti, rasa sakit kepala terus hilang.
.

NOTA TAMBAHAN

Cuka epal memang rasanya masam dan tinggi asid. Tapi ia tak membahayakan tubuh. Setahu saya, bila di dalam tubuh ia berubah jadi alkali, seperti fungsi lemon. Cuma pastikan minum masa perut kosong sebab ia mungkin boleh menjadi asid kalau dalam perut ada makanan yang boleh menyebabkan gastrik.
.
Jika masih berlanjutan, usaha pula dengan cara BERBEKAM , Inshaa Allah dapat mengurangkan sakit kepala malah mendapat PAHALA dari Amalan Sunnah Nabi ni..Lebih lagi pada hari Selasa.Rasulullah saw ditanya tentang hari Selasa, 

.
Maka Beliau menjawab : Hari Selasa adalah Hari Berdarah. Para sahabat bertanya : Mengapa demikian ya, Rasulullah? Lalu Beliau menjawab: Kerana pada hari itulah Siti Hawa Haid & Putra Adam membunuh saudaranya sendiri. Sebahagian Ulama telah menjelaskan bahawa pada hari selasa ada 7 Jiwa yang bernyawa dibunuh.Maka, barang siapa yang ingin berbekam hendaklah ia melakukan pada hari Selasa. Demikian 7 peristiwa yang berlaku pada hari Selasa yang dimana setiap peristiwa tersebut mempunyai hikmah dan pengajaran yang dapat kita ambil ikhtibar daripadanya.
#DoTheSunnah
.
FN

Isnin, 23 Oktober 2017

FLASHCARD untuk perkembangan minda kanak-kanak




” Flashcards bersama bayi kembar- Adam berada di sebelah kanan manakala Noah berada di sebelah kiri. Saya lebih suka untuk menghabiskan masa ‘bonding’ bersama mereka dengan menggunakan flashcards. Flashcards yang digunakan adalah seperti haiwan, bentuk atau number dimana ia sangat bagus untuk stimulasi otak anak-anak. Saya juga mendapati bahawa anak kembar saya menjadi lebih ‘alert’ dan focus bila saya tunjuk gambar di flashcard. Adam suka sangat dengan ikan manakala Noah pula sukakan burung. Seorang ayah tak akan pernah boleh mengatasi ‘bonding time’ anak dengan ibu ketika menyusukan badan, jadi bermain flashcards adalah medium untuk si ayah ‘connect’ dengan anak.”

.
Bukan kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas sahaja yang boleh menggunakan teknik flashcards ni tau. Rupa-rupanya, bayi baru lahir pun dah boleh belajar menggunakan teknik ini!AWESOME right?

.
Terpulang cara bagaimana Ibu Bapa lebih suka gunakan untuk membantu proses perkembangan minda anak-anak demi masa hadapan mereka. Bukan niat memaksa untuk menjadi pandai , tapi sekurangnya usaha itu yang sangat bernilai..

.
FN

Sabtu, 21 Oktober 2017




Rencana Tuhan selalu berakhir dengan kebaikan,

Sehingga jika yang sedang kau alami sekarang belum baik,
Berarti itu bukan akhir..

.
Jika keadaan Anda sekarang masih sulit,
menggalaukan, dan penuh sakit hati,
berarti itu belum selesai.

.
Bertahanlah. Teruslah berupaya.

.

"Rencana Tuhan selalu berakhir dengan kebaikan."

.
FN

Jumaat, 20 Oktober 2017




Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
 .
2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

.

Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas


Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya;  Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.
 .
1.  Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).
2.  Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.
3.  Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.
.

Inshaa Allah kita berusaha dengan cara paling mudah ini pastinya akan mendapat hasil yang LUMAYAN seperti  dijanjikan Allah swt..

.
FN

Khamis, 19 Oktober 2017

BELATED DEEPAVALI


...

Manfaat Sayur Buah untuk Kesihatan!





Tubuh kita memiliki kadar kandungan air dalam jumlah yang banyak. Tak heran jika kita harus kerap minum air untuk mencegah tubuh dari dehidrasi. Selain itu, tubuh kita yang terdiri dari sejumlah air juga harus diimbangi dengan nutrisi lain berupa vitamin dan mineral yang memiliki tugas dalam meregenerasi sel-sel tubuh agar tubuh selalu sehat dan fit..
Salah satunya adalah dengan sering amalkan buah dan sayuran. Manfaat buah dan sayur telah sering kita dengar dan bahkan tidak sedikit yang telah merasakannya. Namun, tidak ada salahnya jika ingat kembali manfaat keduanya. Kandungan didalam buah dan sayur yang beragam seperti vitamin dan mineral yang tinggi, kemudian serat yang tinggi akan melancarkan pencernaan, mampu menurunkan obesiti serta menurunkan kadar kolesterol yang cukup tinggi, tekanan darah yang lebih stabil bahkan mampu mencegah terjadinya penyakit kanser..
Berikut beberapa manfaat buah dan sayur bagi kesihatan, diantaranya adalah:
1. Mampu menurunkan tekanan darah
Beberapa buah dan sayur memiliki kandungan yang mampu menurunkan tekanan darah Anda. Apabila Anda memiliki riwayat tekanan darah tinggi, Anda boleh amalkan buah dan sayur seperti buah pisang, kentang, serta buah dan sayur lain yang mengandungi kandungan potasium yang cukup tinggi..
2. Menurunkan kadar kolesterol
Kadar kolesterol yang tinggi akan memberi risiko terkena penyakit jantung. Kadar kolesterol ini masih boleh diturunkan dengan rajin amalkan buah dan sayur.-sayuran..
3. Sistem kekebalan tubuh yang meningkat
Manfaat buah buahan dan sayur sayuran lainnya adalah mampu meningkatkan sistem kekebalan pada tubuh. Hal tersebut kerana pada buah dan sayur memiliki kandungan vitamin C yang cukup tinggi. Kandungan vitamin C ini yang akan menjaga tubuh tetap sihat dan fit serta tidak mudah sakit.
4. Gigi dan tulang lebih sihat dan kuat
Buah dan sayur juga memiliki kandungan vitamin dan mineral yang mampu menjaga kesehatan tulang serta gigi Anda. Anda boleh amalkan buah dan sayur yang mengandungi kandungan kalsium yang tinggi..
.
Lihatlah begitu banyak kebaikan jika kita suka makan sayur dan buah dalam diet harian.Tahap kesihatan yang unggul dan optimum kita rasai nikmati.Berjaga-jagalah sedari sekarang untuk kehidupan yang sihat dan bahagia sepanjang hayat..

.
FN

Rabu, 18 Oktober 2017

Ayat “Power” Parents Harus Katakan Kepada Anak Untuk Cipta Bonding Yang Kuat.




Kunci kepada sesebuah hubungan adalah komunikasi. Tidak kiralah hubungan suami isteri, kawan-kawan ataupun dengan anak-anak. Komunikasi yang berkesan antara ibu bapa dan anak-anak dapat mewujudkan perhubungan yang positif untuk perkembangan dan tumbesaran mereka..
Ibu bapa perlulah peka dengan apa yang mereka katakan dan bagaimana mereka mengatakan sesuatu kepada anak mereka. Kadang-kadang di hadapan anak-anak, ibu bapa mungkin terlepas mengatakan sesuatu yang negatif dan amatlah penting untuk anda menyedarinya. Ini kerana, anak-anak mudah meniru apa sahaja yang dilakukan oleh ibu bapa mereka..
Oleh itu sangat penting untuk anda mengetahui apa yang seharusnya anda katakan kepada anak anda untuk membentuk hubungan yang lebih erat dengan mereka. Jom baca apa yang saya amalkan dan kongsi bersama anda..
.

“MOMMY AYAH SAYANG AWAK”

Ucapan sayang ini bagus sekiranya anda praktikkan sedari mereka masih kecil agar mereka akan terbiasa dan belajar untuk menyayangi orang di sekeliling mereka. Sebelum mereka masuk tidur, salam dan cium peluk anak-anak dan bisikkan “Goodnight I Love You” kepada mereka. Mesti mereka tidur sambil tersenyum..

.

“WAHH PANDAINYA DIA…” 

Ini juga secara tidak langsung dapat mendidik mereka untuk menjadi ringan tulang untuk membantu anda dan orang lain. Hubungan anda dan anak pun akan menjadi lebih rapat. Mereka mungkin akan menganggap anda ibu bapa yang cool kerana sentiasa peka dan memberi perhatian kepada mereka..

.

“Thank you, SAYANG…”

Begitu juga dengan anak anda. Kebanyakan ibu bapa mungkin menganggap bahawa ungkapan terima kasih kepada anak kecil anda tidak memberikan makna apa-apa. Tetapi, dengan ucapan terima kasih itu dapat mengajar anak anda untuk menghargai orang lain.Dan mereka pula akan ucapkan Thank You setiap kali parents beri sesuatu dan bantu..

.
“MOMMY AYAH MINTA MAAF…”
Ramai yang beranggapan bahawa kanak-kanak tidak layak untuk menerima ucapan maaf. Anda sebenarnya salah kerana kanak-kanak juga mempunyai perasaan. Walaupun sebagai ibu bapa, anda tidak seharusnya bersifat ego untuk meminta maaf dengan mereka sekiranya anda melakukan kesalahan kepadanya..
Tidak ada salahnya untuk anda meminta maaf kepada mereka. Perbuatan ini bukan untuk memanjakan mereka tetapi sekaligus akan mendidik mereka untuk belajar mengaku kesilapan dan menghormati orang lain tanpa mengenal status..
.
Alhamdulillah dengan sedikit perkongsian dan amalkan selalu anda parents telah berjaya mencipta sendiri bonding itu untuk kehidupan yang lebih nikmat rahmat dengan kasih sayang dan ihsan.Jangan pernah rasa salah untuk melakukan semua ini, kerana anak-anak ini membesar dengan cepat dan sekelip mata mereka pula telah berada di tempat kita sekarang.Dan dengan amalan mulia ini mereka akan praktikkan pula untuk anak-anak mereka.Inshaa Allah..
.
FN

Selasa, 17 Oktober 2017

Makanan Ini Mengurangkan Kolesterol ‘Jahat’ Dalam Badan.




APA SEBENARNYA KOLESTEROL?

Ia adalah bahan berlemak yang hadir dalam darah. Antara fungsi kolesterol adalah menghasilkan membran sel dan menukar serapan cahaya matahari kepada vitamin D. Ia dipanggil kolesterol baik..
Namun apabila seseorang itu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat seperti tinggi pengambilan lemak tidak tepu, kurang bersenam, obesiti, merokok serta minum alkohol menyebabkan kolesterol ‘jahat’ berkumpul dengan banyak dalam dinding arteri..
Apabila kolesterol tinggi, maka mudahlah terdedah kepada sakit jantung dan pelbagai penyakit lain.Jika ingin mengurangkan paras kolesterol dalam badan, disarankan untuk makan:-
.
BIJI KETUMBAR
Bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam badan malah dapat merawat penyakit kencing manis.
Amalkan: Masukkan dua sudu biji ketumbar dalam satu cawan air dan rebus. Tapis airnya dan minum dua kali sehari. Untuk lebih enak, tambah gula atau susu.
.

BAWANG MERAH

Saintis di Hong Kong mendapati bawang merah boleh membuang kolesterol yang jahat dan meningkatkan kolesterol yang baik
Amalkan: Masukkan bawang merah, halia dan bawang putih dalam menu diet. Minum campuran jus bawang bersama madu setiap hari.
.

 CUKA EPAL

Mengurangkan jumlah kolesterol level triglyceride, iaitu kandungan lemak dalam darah. Ia juga baik untuk merawat penyakit darah tinggi, gout dan acid reflux
Amalkan: Campurkan satu sudu cuka dalam segelas air. Minum dua hingga tiga kali sehari setiap hari. Untuk lebih enak, boleh gantikan air suam dengan jus oren, jus epal atau jus kegemaran.
.

 JUS OREN

Minum jus oren selalu kerana ia mengandungi vitamin C, folate dan flavanoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam darah
Amalkan: Minum jus oren segar dua kali sehari
.
 OAT
Mengurangkan kolesterol dan mencegah penyerapan kolesterol ‘jahat’
Amalkan: satu cawan oat bersamaan tiga gram serat dan beta-glucan. Boleh tambah buah atau walnut untuk menyedapkan hidangan oat
.

10. KEKACANG

Walnut, almond dan segala jenis kacang mengawal kolesterol daripada berkumpul dalam badan memandangkan ia kaya dengan serat
Amalkan: Makan seperti snek dalam kadar segenggam setengah
.
Untuk mengurangkan kolesterol ‘jahat’ daripada terus berkumpul dalam badan, pastikan juga anda mengamalkan cara hidup sihat. Ini sekaligus akan memelihara daripada dijangkiti penyakit yang disebabkan oleh kolesterol ini.Bertindaklah sekarang sebelum ianya menjadi parah dan barah kepada diri kita..
.
FN



Isnin, 16 Oktober 2017

Cara Jaga Muka Dengan Betul. Cubalah!



Wajah yang cantik ialah aset UTAMA wanita terutamanya.Tapi tidak ketinggalan juga bagi lelaki dimana setiap wanita dan lelaki WAJIB look presentable sepanjang masa. Oleh itu, rutin atau penjagaan wajah yang tepat adalah diwajibkan. Kerana rosaknya muka kita nanti tiada penggantinya..Antara yang saya amalkan dan ingin saya kongsi ialah :-

1. KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA

Orang kata, kena selalu pakai pencuci muka. Benarkah?
Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.
.

2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI

Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.
.

3. TEH HIJAU (GREEN TEA)

Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat.
.

4. KURANGKAN MENYENTUH WAJAH

Ini cara jaga muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan.
Kalau hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman.
.
Selalulah membasuh muka dan rutin yang paling ringkas bagi yang beragama Islam adalah air wuduk yang membersihkan muka dan jiwa kita. Bersihkan tangan anda ketika hendak memegang muka dan selalulah membuat perawatan muka (masker, scrub) sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Sentiasa berselawat dan berdoa pada Allah agar dengan izin-Nya muka anda akan sentiasa berseri dan bercahaya, Insya-Allah.

.
FN

Ahad, 15 Oktober 2017




Selamat Hari Minggu!
Hari bersama keluarga, hari untuk berehat setelah seminggu bekerja penat lelah..

.
Hargai masa-masa dengan keluarga kerana belum tentu lagi kita akan jumpa hari Ahad hari Minggukan?Inilah masanya dan pastikan kita sempat menggembirakan hati keluarga terutama anak-anak kita yang semakin hari semakin besar..

.
FN

Sabtu, 14 Oktober 2017

RENCANA TUHAN SELALU YANG TERBAIK

“Aku tahu, bahwa Engkau sanggup melakukan segala sesuatu, dan tidak ada rencana-Mu yang gagal.”

Ayub 42:2

Percayakah kita setiap ditentukan Tuhan seindah-indahnya yang kita rasa dan nikmati. Even saat sukarnya hidup kita ketika itu, tetapi itu semua berlaku kerana kehendak Pencipta.Saat diuji dengan dugaan berat seberat batu itu hanya untuk memberi kemanisan pada kita akhirnya nanti..

.
Yang penting, jangan pernah sekali salahkan Pencipta kerana tanpa Tuhan manakan ada kita ni di dunia. Ujian demi ujian kerana sayang kerana kasih. Bukan kerana tak suka atau benci.Adakah saat jatuh nya kita itu dah cukup sedar bahawa dalam dunia ini tidak boleh minta pada manusia atau apa saja kecuali TUHAN?

.
Rencana Tuhan itu selalu yang terbaik sebab selalu indah pada waktunya, Firman Tuhan mengatakan bahwa Dia senantiasa menjadikan semua indah pada waktuNya. Ketika menyatakan rencanaNya Tuhan tidak pernah terlambat ataupun terlalu cepat sebab semua selalu diberikan bagi kita tepat pada waktunya. Jadi jika saat ini ada sesuatu yang kita harapkan belum terwujud jangan menjadi cemas karena Ia memiliki waktu yang tepat bagi kita, dan Dia tidak pernah melupakan kita. Yang diperlukan saat ini adalah bersabar dalam menantikan penggenapan rencanaNya.

.
Apapun yang terjadi hari ini percayalah Dia  itu selalu baik bagi kita bahkan rencanaNya selalu yang terbaik. Tetaplah percaya dan bersyukur pada Tuhan  sampai kita melihat penggenapan rencanaNya yang indah. Amin.Ketika menyatakan rencanaNya Tuhan tidak pernah terlambat ataupun terlalu cepat sebab semua selalu diberikan bagi kita tepat pada waktunya..

.
FN

Dugaan itu Rahmat dan Banyak Hikmahnya.

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman: 13) Apakah hikmah di sebalik dugaan:- Tand...