Sabtu, 4 November 2017

Nak Jadi Usahawan Wanita Hebat? 10 Perkara Anda Boleh Belajar Dari Wonder Woman.




Wanita dan bisnes? Lihat di sekeliling anda, berapa ramai wanita di sekeliling anda yang sedang aktif berniaga sekarang ini? Samada secara sepenuh masa atau separuh masa –  apa yang membuatkan mereka mampu menjadi usahawan, isteri, ibu, surirumah dan pekerja dalam satu masa?  Mereka sebenarnya Wonder Woman!Antara karakter yang saya inginkan sewaktu Seminar #imkkoct2017 yang lepas.. 

.
KENAPA?

.
Wonder Woman- karakter komik Marvel yang sangat beri kesan pada banyak wanita. Kuat, gagah, berani dalam menyelamatkan dunia. Dan karakter ini semakin jelas terpapar dalam dunia realiti sekarang! Ramai wanita dah berjaya pecah tradisi dengan memegang jawatan-jawatan besar sebagai eksekutif korporat, usahawan baru mahupun ternama, pelabur, dan macam-macam lagi.

Wanita, termasuk anda memiliki banyak kelebihan dan kekuatan untuk membantu dunia. Dan artikel ini khas untuk anda. Serlahkan karakter Wonder Woman anda dengan cara:

.
1) Salurkan tenaga anda untuk jadikan dunia ini lebih baik. Lemah lembut anda adalah satu cabang tenaga yang luar biasa jika dimanfaatkan. Ia adalah sebuah sumber pengaruh yang hebat. Wanita suka membantu.  Gunakan perniagaan anda untuk membantu ramai orang.
2) Nak ubah dunia perlu ubah fikiran. Jadi ubah mentaliti wanita yang hanya layak berada di dapur memasak kepada dari dapur pun wanita boleh buat macam-macam kerja! Wanita banyak emosi, salurkan emosi positif anda untuk beri impak positif kepada orang lain.
3) Jangan takut untuk jadi yang pertama. Wanita pertama menjadi usahawan jutawan? Takluk gunung Everest? Semua boleh.  Takut dan wanita memang tak boleh dipisahkan.  Tapi, wanita ada azam yang tinggi.  Tukarkan ketakutan menjadi satu cabaran.
4) Percaya pada kuasa cinta. Cinta buat anda lebih kuat, berazam dan kebal. Cari kecintaan anda dan manfaatkannya.  Jadikan cinta ‘Big Why” utama anda untuk lebih berjaya.
5) Perhubungan lebih bererti berbanding transaksi pembelian. Apa makna hidup kaya tanpa hubungan dengan orang sekeliling? Bina hubungan baik dengan seramai orang, seramai stokis, agen dan pelanggan.  Kasih sayang anda, membantu menceriakan hari mereka.
6) Mula bertindak segera bila masa sudah tiba. Jangan takut. Langkah pertama takkan bermula jika anda takut. Jangan malas dan jangan bertangguh.  Anda wanita adalah pesaing yang hebat.  Bersaing secara bijak dan professional.
7) Halangan adalah batu loncatan. Lagi tinggi halangan, lagi tinggi hasil dan peluang disebaliknya.  Dalam diri wanita sebenarnya ada kekuatan dan kebijaksanaan untuk hadapi semua cabaran.
8) Tahu segala keputusan tak boleh dibuat  secara literal. Pasti ada makna dan sebab di sebaliknya. Telitikan setiap keputusan untuk hasil terbaik. Anda perlu bijak mengawal emosi.  Cari ilmu untuk tingkatkan “Emotional Intelligence’.
9) Anda ada kekuatan untuk tempuhi apa yang anda tak tahu. Gunakan kekuatan pada cara dan tujuan yang tepat. Wanita dilahirkan dengan deria rasa yang tinggi.  Dengan ilmu dan deria rasa anda, anda tahu yang mana akan berhasil yang mana tidak. Pastikan anda gabungkan kedua-dua sebaiknya.
10) Memori fizikal anda sentiasa bertambah saban hari. Manfaatkan itu dengan eksplorasi dunia dan cabaran baru! Wanita yang mudah selesa dengan keadaan sekarang dan mudah gembira hanya dengan buat satu-satu perkara yang dia suka, takkan mampu mengisprasikan orang di sekeliling anda.
.
Pastikan anda jadi inspirasi untuk orang di sekeliling anda.Kerana dalam hidup ini mestilah ada memberi manfaat kepada orang lain juga untuk dapatkan keberkatan dunia akhirat..
.
#alabbasmalaysia
#dothesunnah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dugaan itu Rahmat dan Banyak Hikmahnya.

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman: 13) Apakah hikmah di sebalik dugaan:- Tand...