Jumaat, 3 November 2017

Surat At -Taubah Ayah 128-129 ..AMALKAN




Kunci keberkatan hidup. Bagi anak lelaki dengan mak ayah, bagi isteri ialah restu daripada suami. Dan kebahagiaan suami isteri membawa kepada keberkatan famili. Dan yang paling besar yang perlu kita cari adalah keberkatan dari Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Ramai tidak perasan formula simple ni tapi sangat luar biasa.
.
Bila hati kita tidak tenang, masalah datang bertubi-tubi dalam banyak aspek kehidupan tak kisahlah hidup berumah tangga ke single, Allah SWT beri “signal” dan ingatan kepada kita dalam banyak cara.Kadang-kadang, Dia beri ingatan kepada kita berkali-kali tapi tidak sedar.  Ramai tidak sedar yang dia semakin jauh dari Tuhan. Ada Tuhan tetapi ‘touch and go’ bila perlu sahaja. Bukan jauh hanya dari segi konon aku solat (apatah lagi tidak), tapi jauh dari redha dan kasih sayang Dia.

.
Tanda-tanda Dia tidak gembira dengan kita? Dia beri kita hidup tidak tenang. Ada harta, ada duit tapi tidak tenang. Apatah lagi tidak ada semua tu, lagilah tidak tenang. Hidup sentiasa takut. Takut rugi, takut gagal serta hidup dalam ketakutan dan kerunsingan.Dan hidup kita “kebocoran” juga bila kita hidup penuh kemarahan. Setiap hari kita marah orang. Allah SWT tengok, Allah SWT perhatikan dan ia juga menjadi tarikan lebih banyak perkara yang akan menaikkan kemarahan.

.
Dan jangan lupa juga bersedekah. Kalau boleh ada yang sedekah atau perkara baik yang kita buat, kita sembunyikan kerana ia akan buat Allah SWT dan Rasulullah SAW lebih sayang. Kata guru saya, “kadang-kadang “tabung” yang kita kurang isi bukanlah tabung masjid, tetapi tabung rohani kita.”
Apalah sangat dari kita nak meminta macam-macam impian untuk Tuhan makbulkan.Kembalilah kepada yg ESA.Hanya Dia sahaja yang mendengar dan membantu.Ikut sajalah apa saja perkara baik yang dituntut olehNya dan Rasullullah saw.
.
Saya sangat terkesan apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak kita ingini tapi terpaksa juga menerimanya dengan harapan Tuhan berikan aku sinar bahgia dan cahaya GEMBIRA..

.
#alabbasmalaysia
#dothesunnah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dugaan itu Rahmat dan Banyak Hikmahnya.

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman: 13) Apakah hikmah di sebalik dugaan:- Tand...