Rabu, 29 November 2017

BISNES Suami Isteri




Saya pasti ramai disini yang berniaga dan partnernya Suami atau Isteri. Alhamdulillah jika bersama-sama nak menambah baik ekonomi keluargakan?Tapi,tahukan anda cara berbisnes Suami Isteri yang betul protokol nya? hihii .Saya saja nak kongsikan dan boleh dijadikan panduan untuk anda yang baru nak mula, sudah bermula atau nak freshen up Ilmu Bisnes Suami Isteri yang betul..

.
Cara betul suami isteri berbisnes....
1. Antara suami dan isteri, siapa yang sangat kuat
DNA-bisnesnya? Dialah yang membuka syarikat.
2. Jika isteri yang kuat DNA-bisnesnya, isterilah yang membuka syarikat. Suami terus bekerja sebagai back-up. Begitu juga sebaliknya.
3. Isteri jangan ambil suami sebagai rakan-kongsi dalam syarikat. Sebagai pemegang saham pun jangan. Sebagai ALP pun jangan.
4. Suami jangan masuk campur urusan bisnes syarikat isteri. Jangan beri pandangan dan nasihat, melainkan diminta.
5. Pisahkan urusan bisnes daripada urusan rumahtangga.
6.Caranya: Isteri jangan mengadu masalah bisnes kepada suami. Selesaikan sendiri dengan rakan-kongsi. Kepada suami, cerita hal-hal yang menyukakan hati suami sahaja.

7.Jika suami dan isteri sama-sama kuat DNA-bisnesnya, masing-masing buka syarikat masing-masing. Pilih rakan-kongsi masing-masing.

Begitulah kalau nakkan keharmonian dalam urusanbisnes sekaligus menjaga hubungan baik Suami Isteri di luar pejabat/bisnes. Semoga anda dapat sedikit Ilmu Baru ye..

#alabbasmalaysia
#dothesunnah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dugaan itu Rahmat dan Banyak Hikmahnya.

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman: 13) Apakah hikmah di sebalik dugaan:- Tand...