Jumaat, 17 November 2017

Cakebatik Oreo Idaman Kalbu




Nak bentuk peribadi anak mudah jika kena dengan caranya.Anak akan lebih mudah dan lembut hati jika parents memainkan peranan penting dan besar dalam Institusi Keluarga.Cuba kira berapa JAM kita menghabiskan masa dalam sehari dengan anak-anak? Parents diberi tanggungjawab untuk mencari nafkah dan berikan kelengkapan untuk ummah didalamnya merasai nikmat BAHAGIA dunia dan akhirat.Tapi jangan pernah abaikan AMANAH Allah swt yang BESAR ni juga,untuk pastikan parents tidak lalai dan alpa dan asingkan mereka dalam rutin hidup harian..

.
Tak lengkap rasanya jika kita tak bersama anak-anak selagi mereka masih kecil dan memerlukan parents sebagai titian mereka BERJAYA kelak.Tak besar pun permintaan mereka , hanya inginkan sedikit waktu untuk bersama,untuk menumpang kasih dan raih perhatian parents sebab mereka masih KECIL.Masih banyak perkara yang mereka perlukan kita parents..

.
Dan journey kami bermula dengan aktiviti Cakebatik Oreo dimana semua ahli take part untuk menjayakannya.Oleh kerana Ayah mengidam untuk makan Cakebatik Oreo,kita pun turutkan saja dengan ke market dan dapatkan semua  bahan yang diperlukan. Yang paling best Qhazim excited membantu dengan pecah-pecahkan biskut marie siap dengan suara "Iyah,iyah".Betul-betul feel tuhh! :)Lepas siap semua bahan ,kita pun mula masak Cakebatik Oreo atas api.Seperti dibawah ..

.
BAHAN-BAHAN CAKEBATIK OREO

1.Biskut Marie Original 1 pack

2.Biskut Oreo Krim Vanilla 2 pack(boleh pilih ikut citarasa sendiri)

3.Milo pack kecil

4.Susu Pekat 1/2 tin

5.Serbuk koko/nescafe 

6.Buttercup

7.Bekas/Loyang 

Bahan-bahan yang kita sediakan hanya dapat seloyang kecil sahaja sebab dipadat-padatkan.Jika plan nak buat banyak boleh double up bahan-bahan diatas..

CARA-CARA BUAT CAKEBATIK OREO

1.Panaskan kuali dengan api kecil, masukkan separuh Buttercup.(nak lebih pun boleh)

2.Masukkan SETENGAH Tin susu pekat kacaukan

3.Masukan Milo 1pack kecil tadi

4.Masuk 3sudu kecil koko atau hujung sudu NESCAFE(kita mmg suka nescafe.hihi)

5.Gaulkan sampai cair dan sebati semua bahan-bahan tadi

6.TERAKHIR masukkan biskut Marie yang dipecah-pecah tadi dan gaulkan sehingga 
menutupi semua biskut Marie.(time gaul ni tutup api)

7.Letakkan separuh adunan Cakebatik dalam bekas/loyang

8.Susun biskut oreo penuhkan bekas

9.Letakkan separuh lagi Cakebatik dan habiskan(boleh tekap guna tangan yang dipakai 
glove untuk ratakan biskut tadi supaya nampak lebih kemas)

10.Susun balance Biskut Oreo diatas dan tutupkan semua Cakebatik tadi

11.Sejukkan dalam fridge 

.
Sementara nak tunggu Cakebatik Oreo ready untuk dimakan, kami pun bersiap untuk 
Jemaah Maghrib bersama dengan DOA, 2-3 jam lagi boleh makan.Sebab kita tengok resepi orang lain semalaman baru boleh makan  tau.Kesian anak-anak sebab mengidam sangat,
so nak makan cepat-cepat :)Begitulah hari kami dan harapkan anak-anak happy dan puas hati dengan 'Bonding Session' itu.They really excited and happy sangat sebab permintaan dipenuhi.Bukan susah pun nak menang hati anak-anak sebab parents pun perlu dengar hati mereka sepertimana kita nak mereka dengar hati kita..Inshaa Allah

.
#alabbasmalaysia
#dothesunnah
#salamjumaat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dugaan itu Rahmat dan Banyak Hikmahnya.

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman: 13) Apakah hikmah di sebalik dugaan:- Tand...