Rabu, 29 November 2017

BISNES Suami Isteri




Saya pasti ramai disini yang berniaga dan partnernya Suami atau Isteri. Alhamdulillah jika bersama-sama nak menambah baik ekonomi keluargakan?Tapi,tahukan anda cara berbisnes Suami Isteri yang betul protokol nya? hihii .Saya saja nak kongsikan dan boleh dijadikan panduan untuk anda yang baru nak mula, sudah bermula atau nak freshen up Ilmu Bisnes Suami Isteri yang betul..

.
Cara betul suami isteri berbisnes....
1. Antara suami dan isteri, siapa yang sangat kuat
DNA-bisnesnya? Dialah yang membuka syarikat.
2. Jika isteri yang kuat DNA-bisnesnya, isterilah yang membuka syarikat. Suami terus bekerja sebagai back-up. Begitu juga sebaliknya.
3. Isteri jangan ambil suami sebagai rakan-kongsi dalam syarikat. Sebagai pemegang saham pun jangan. Sebagai ALP pun jangan.
4. Suami jangan masuk campur urusan bisnes syarikat isteri. Jangan beri pandangan dan nasihat, melainkan diminta.
5. Pisahkan urusan bisnes daripada urusan rumahtangga.
6.Caranya: Isteri jangan mengadu masalah bisnes kepada suami. Selesaikan sendiri dengan rakan-kongsi. Kepada suami, cerita hal-hal yang menyukakan hati suami sahaja.

7.Jika suami dan isteri sama-sama kuat DNA-bisnesnya, masing-masing buka syarikat masing-masing. Pilih rakan-kongsi masing-masing.

Begitulah kalau nakkan keharmonian dalam urusanbisnes sekaligus menjaga hubungan baik Suami Isteri di luar pejabat/bisnes. Semoga anda dapat sedikit Ilmu Baru ye..

#alabbasmalaysia
#dothesunnah

Selasa, 28 November 2017

Berkawanlah dengan orang yang kuat SEMANGAT!

Siapa setuju jika kita cakap bila berada dalam circle Positif macam ada satu aura datang dekat dengan kita? Bila cerita perkara-perkara yang best dan baik-baik, aura tu dekat dengan kita. Sampai tak sempat nak fikirkan benda takbaik yang berlaku pada diri kita..

Sebab itulah saat kita down nak cari kawan untuk tumpang bahu sedih anda, carilah yang boleh dipercayai da tidak akan menjaja cerita anda diluar kelak. Kadang kita perlukan ruang atau masa untuk luahkan dan  muntahkan segalanya yang terbeku. Bukan untuk mencari simpati tetapi lebih kepada mencurahkan cerita ke air laut tadi. Ia akan mengalir dan berlalu pergi, Tidak perlu simpan sebab tahu tidak akan dapat selesaikan masalah..

Itu jugalah yang pernah berlaku pada kita. Lagi kita simpan kita perap terus jadi nanah dan kudis. Takkan nak bercakap dengan dinding pula? Kata kena ada 2 hala komunikasi? Oleh itu bila kita berada dekat dengan orang yang kuat SEMANGAT, secara automatiknya kita akan dapat semangat itu.Tak perlu nak cari sangat tapi jumpalah and bondinglah dengan orang yang semangatnya kuat! Pasti segala masalah anda dapat jumpa solusinya..

Inshaa Allah 

#alabbasmalaysia
#dothesunnah

Isnin, 27 November 2017




"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."
[ 16:68-69 ]

Selamat Hari Isnin.

#alabbasmalaysia
#dothesunnnah

Jumaat, 24 November 2017

Khasiat habbatus saudda





Khasiat habbatus saudda untuk kesihatan memang banyak. Rasulullah pun pernah menyebut ia menjadi ubat bagi segala penyakit melainkan maut.

Saya terbaca dalam satu majalah penyelidikan ia juga membantu merawat kanser khususnya kanser usus, payudara (breast) dan pancreas. Malah ada yang mengatakan ia lebih berkesan dari chemo.

Cara makan seperti berikut (habbatus saudda dalam bentuk minyak)

1. Satu sudu teh minyak habbatus sauda, satu sudu teh madu lebah dan juz buah2 fresh segelas. Minum setengah jam sebelum sarapan.
2. Ulang yang sama petang jam 2-3 pm
3. Ulang yang sama sebelum tidur.

Mereka yang telah dibedah buang tumbuhan kanser mereka, cuba amalkan disamping meningkatkan mutu pemakanan kepada yang lebih berkhasiat. Lebihkan buah2 dan sayur2, serta makan multivitamin,Vitamin C dan E.Inshaa Allah..

#alabbasmalaysia
#dothesunnah

Khamis, 23 November 2017

Demi Masa





"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
[ 103:1-3 ]

Demi masa sesungguhnya manusia kerugianMelainkan yang beriman dan beramal sholehDemi masa sesungguhnya manusia kerugianMelainkan nasehat kepada kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesalMasa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara

Sihat sebelum sakitMuda sebelum tuaKaya sebelum miskinLapang sebelum sempitHidup sebelum mati

Demi masa sesungguhnya manusia kerugianMelainkan yang beriman dan beramal sholehGunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesalMasa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara

Sihat sebelum sakitMuda sebelum tuaKaya sebelum miskinLapang sebelum sempitHidup sebelum mati

Muda

#alabbasmalaysia#dothesunnah

Rabu, 22 November 2017

WEDNESDAY




Sharing dari group sebelah. Anda Kategori apa?

#alabbasmalaysia
#dothesunnah

Selasa, 21 November 2017

KATA-KATA HIKMAH UNTUK USAHAWAN..






KATA-KATA HIKMAH UNTUK USAHAWAN..

.
1. Berniaga adalah satu proses yang panjang dan ambil masa. Anda tidak akan kekal lama jika baru berniaga sudah nak jadi kaya!!!

.
2. Berniaga ada fasa!!
Restart from zero walaupun dulunya anda seorang CEO, PROFFESOR @ CHEF CELEBRITY @ EXECUTIVE CHEF !!!
Jangan dok kenang yang dulunya anda jaguh dunia!! Be Real, anda bermula dengan takde apa-apa...So berpijak di bumi nyata!!! Step by step melakar kejayaan. Baru anda dapat merasakan indahnya perniagaan yang anda jalankan.
.
3. Kegagalan satu pengajaran!!
Senyum dan kenang kegagalan itu kerana ianya asbab anda berubah menjadi nyata!!
Your great teacher is your last mistake.
.
4. Fasa Berniaga bermula dari apa yang ada, Usah nak tunggu semua yang ada dek gahnya nak nama, baru nak mula!!!
.
5. Rasai masa bermula, merangkak, bangun, jatuh sekejap, berdiri, jalan dan berlari barulah jadi usahawan sejati !!!
.
6. Berani ambil peluang walaupun ada ketika kita rasa macam berdebar-debar!!!
Peluang datang dan pergi dan masa tak boleh cari ganti.
.
7. Setiap orang ada masa 888!!
8 jam tido !!!
8 jam kerja !!!
8 jam rehat !!
Jika nak maju, sila korbankan salah satu dari 8 jam itu.!! 
.
8. Berniaga ada seni!!
Adakala anda jadi panglima perang, adakala jadi raja, adakala jadi hamba, adakala buat cool saja.
.
9. Istiqamah!!!
Rezeki pasti ada, cuma bersabar dan TAHAN!!
Ada ketika didatangkan rezeki tak sangka2 selepas bertahun berusaha!!
.
10. Berniaga biarlah kita dekat di hati pelanggan. Pelanggan membeli dek jatuh cinta pada kita bukan sebab kita hensem rupawan, tetapi keikhlasan kita tertawan di hati mereka.
.
11. Bersabar..positifkan minda anda..biar pun anda dikutuk..dikecam..dihina..bila kita berjaya..pasti ada suara2 sumbang di belakang anda..kuatkan semangat untuk terus melangkah..melangkah kehadapan dengann jayanya.


.
#alabbasmalaysia
#dothesunnah



Sabtu, 18 November 2017

5PESANAN untuk Suami


Pesanan untuk Suami, nafkah keluarga adalah tanggungjawab SUAMI sepenuhnya tetapi jika diizinkan ISTERI membantu untuk menambah pendapatan,Syukurlah.Kerana jika Isteri menghabiskan kepada keluarga sekalipun Besar Pahala Amalannya..

.
Tapi ingat 5perkara ini jika inginkan rumahtangga yang harmoni dan damai serta dipenuhi dengan Ihsan/Cinta dan Kasih Sayang..

.
1. Jangan biarkan terlalu banyak perkara dilakukan sendiri oleh isteri.

2. Layani isteri dengan memanjakan isteri, dan sentiasa berada menemaninya, agar suami terbiasa diperlukan olehnya.

3. Terlalu banyak membiarkan isteri membuat keputusan atau berfikir sendiri menyelesaikan masalah yang dihadapi menyebabkan lama-kelamaan terbiasa dengan berdikari, dan tidak lagi memerlukan pasangannya sebagai suami.

4. Banyakkan masa mendengar luahan dan cerita isteri meskipun kadang kala tidak menghasilkan apa-apa penyelesaian.

5. Jangan terlalu banyak meninggalkan isteri bersendirian di rumah.

.
Jika diamalkan setiap masa 5pesanan ini,Inshaa Allah berkekalan ke Jannah dengan izin Allah swt.Give and Take makes your life easy💜💜

.
#alabbasmalaysia
#dothesunnah

Jumaat, 17 November 2017

Cakebatik Oreo Idaman Kalbu




Nak bentuk peribadi anak mudah jika kena dengan caranya.Anak akan lebih mudah dan lembut hati jika parents memainkan peranan penting dan besar dalam Institusi Keluarga.Cuba kira berapa JAM kita menghabiskan masa dalam sehari dengan anak-anak? Parents diberi tanggungjawab untuk mencari nafkah dan berikan kelengkapan untuk ummah didalamnya merasai nikmat BAHAGIA dunia dan akhirat.Tapi jangan pernah abaikan AMANAH Allah swt yang BESAR ni juga,untuk pastikan parents tidak lalai dan alpa dan asingkan mereka dalam rutin hidup harian..

.
Tak lengkap rasanya jika kita tak bersama anak-anak selagi mereka masih kecil dan memerlukan parents sebagai titian mereka BERJAYA kelak.Tak besar pun permintaan mereka , hanya inginkan sedikit waktu untuk bersama,untuk menumpang kasih dan raih perhatian parents sebab mereka masih KECIL.Masih banyak perkara yang mereka perlukan kita parents..

.
Dan journey kami bermula dengan aktiviti Cakebatik Oreo dimana semua ahli take part untuk menjayakannya.Oleh kerana Ayah mengidam untuk makan Cakebatik Oreo,kita pun turutkan saja dengan ke market dan dapatkan semua  bahan yang diperlukan. Yang paling best Qhazim excited membantu dengan pecah-pecahkan biskut marie siap dengan suara "Iyah,iyah".Betul-betul feel tuhh! :)Lepas siap semua bahan ,kita pun mula masak Cakebatik Oreo atas api.Seperti dibawah ..

.
BAHAN-BAHAN CAKEBATIK OREO

1.Biskut Marie Original 1 pack

2.Biskut Oreo Krim Vanilla 2 pack(boleh pilih ikut citarasa sendiri)

3.Milo pack kecil

4.Susu Pekat 1/2 tin

5.Serbuk koko/nescafe 

6.Buttercup

7.Bekas/Loyang 

Bahan-bahan yang kita sediakan hanya dapat seloyang kecil sahaja sebab dipadat-padatkan.Jika plan nak buat banyak boleh double up bahan-bahan diatas..

CARA-CARA BUAT CAKEBATIK OREO

1.Panaskan kuali dengan api kecil, masukkan separuh Buttercup.(nak lebih pun boleh)

2.Masukkan SETENGAH Tin susu pekat kacaukan

3.Masukan Milo 1pack kecil tadi

4.Masuk 3sudu kecil koko atau hujung sudu NESCAFE(kita mmg suka nescafe.hihi)

5.Gaulkan sampai cair dan sebati semua bahan-bahan tadi

6.TERAKHIR masukkan biskut Marie yang dipecah-pecah tadi dan gaulkan sehingga 
menutupi semua biskut Marie.(time gaul ni tutup api)

7.Letakkan separuh adunan Cakebatik dalam bekas/loyang

8.Susun biskut oreo penuhkan bekas

9.Letakkan separuh lagi Cakebatik dan habiskan(boleh tekap guna tangan yang dipakai 
glove untuk ratakan biskut tadi supaya nampak lebih kemas)

10.Susun balance Biskut Oreo diatas dan tutupkan semua Cakebatik tadi

11.Sejukkan dalam fridge 

.
Sementara nak tunggu Cakebatik Oreo ready untuk dimakan, kami pun bersiap untuk 
Jemaah Maghrib bersama dengan DOA, 2-3 jam lagi boleh makan.Sebab kita tengok resepi orang lain semalaman baru boleh makan  tau.Kesian anak-anak sebab mengidam sangat,
so nak makan cepat-cepat :)Begitulah hari kami dan harapkan anak-anak happy dan puas hati dengan 'Bonding Session' itu.They really excited and happy sangat sebab permintaan dipenuhi.Bukan susah pun nak menang hati anak-anak sebab parents pun perlu dengar hati mereka sepertimana kita nak mereka dengar hati kita..Inshaa Allah

.
#alabbasmalaysia
#dothesunnah
#salamjumaat

Khamis, 16 November 2017

The best CLEANSER ever!




Nak tahu RAHSIA kekal awet muda walaupun umur nak mencecah 60tahun? Apa yang kita nak share ni ialah real story, dimana pada awalnya pun masih tak percaya umur nak touch 60 tapi nampak sangat muda.Kulit wajah bersih dan flawless tanpa sebarang celaan even 'naked face' tau! Teruja sangat kali pertama mencuba produk Mary Kay dan kesannya memang Ohsem..

.
Firstly ofcourselah kena try Cleanser dahulu dan  follow dengan skincare routine yang lain. Harini nak share Cleanser Timewise Repair yang memang sangat best dan tak sama dengan cleanser yang pernah kita pakai.Percaya tak 1tube ni boleh tahan 9bulan dengan pemakaian 2-3kali sehari? Tak perlu runsing nak beli cleanser setiap bulan kan ,dengan harga mampu milik dan sangat berbaloi..

.
Jom kita share sedikit info ok..

.
 Volu-Firm™ Foaming Cleanser

Pencuci ini bertindak seperti magis, boleh menghilangkan kesan kotoran degil seperti mekap sekaligus membasmi kotoran debu yang melekap pada wajah sepanjang hari.

TimeWise Volu-Firm™ Foaming Cleanser kaya dengan formula unik, membersih permukaan kulit secara efesyen dan dapat menaikkan seri kulit wajah yang kusam dari dalam.  

Teksturnya berkrim dan ringan namun tidak menghasilkan begitu banyak buih. Apabila dicampur dengan air, ia seolah menarik keluar semua kotoran dan kekasaran pada kulit seterusnya menjadikan kulit kelihatan lebih bersih, terasa lembut malah halus seperti baru buat rawatan facial di spa.

Paling best, kulit tak kering dan rasa lembab je lepas cucian!

.
So, kepada yang mencari Cleanser Magis macam ni lets try this.Anda akan rasa nikmat tak terhingga hanya menggunakan sedikit sahaja tapi kesannya amat-amat menakjubkan. Im telling you this sebab memang Bagus dan berkesan.Tak cuba tak tahu tapi dah cuba takkan nak cari yang lain lagi.Boleh get in touch untuk tahu more info produk ok..

.
#alabbasmalaysia
#dothesunnah

Selasa, 14 November 2017

"4 TIPS PALING TERBAIK UNTUK ANDA YG MAHU MULA BERNIAGA ONLINE





Sekarang ni ramai orang yang dah start berniaga online! Ada yang dah berjaya sampai jadi jutawan dan ada kecundang di tengah jalan..

.
So utk anda yang mahu mula berniaga online pastikan anda ikut tips yang kami sediakan ini kalau anda taknak tergolong dalam orang yang kecundang ditengah jalan,ok?

.
1-MENTOR
- Pastikan anda cari mentor dan belajar asas tentang selok belok perniagaan online.Ramai start business online sebab rasa dah tahu buat..sebab rasa macam banyak ilmu.. tapi sebenarnya anda memerlukan MENTOR yang akan bantu anda dalam business.. sebab "Hebat mana pun seseorang itu..dia perlukan org lain".
.
2-PILIH PRODUK/SERVICE YANG DEMAND TINGGI
.
-Pastikan anda pilih produk/service yang ada demand dipasaran dan jual produk yang boleh selesaikan masalah pelanggan.Produk tersebut mestilah IKUT TREND SEMASA dan pastikan BERKUALITI.
.
3.TESTIMONI
.
-Testimoni atau feedback dari pelanggan yang pernah menggunakan produk/service tersebut dan pastikan testimoni bukan lah FAKE .Lagi banyak testimoni lagi tinggi kepercayaan pelanggan terhadap produk/service tersebut

.
4.MARKETING DARI HQ
.
-Pastikan hq produk/service tersebut membuat marketing besar-besaran seperti di radio, televisyen, surat khabar, billboard dan mcm-mcm lagi sebab ini akan memudahkan kita membuat jualan kerana pelanggan sudah kenal dgn produk yg kita jual.
.
Jika anda rasa Tips ini membantu , bolehlah share dan mulakan bisnes online sekarang tanpa perlu menunggu lama.Kerana semakin cepat anda buat keputusan semakin cepat anda dapat rasa dan lihat HASILNYA..

.
#alabbasmalaysia
#dothesunnah

Isnin, 13 November 2017

ZIKIR harian Isnin




Assalamualaikum..

.
Alhamdulillah untuk minggu BARU dan hari BARU untuk kita mula niatkan dan tetapkan visi misi hidup kita untuk seterusnya.Jika masih ada matlamat yang belum dicapai, usaha lagi tanpa henti. Kerna usaha yang sedikit itu tidak akan menjadi usaha yang sia-sia..

.
Saya sangat berpegang teguh dengan setiap kata-kata motivasi harian oleh motivater sebab jika kita mula rasa slow down and cuba untuk PUTUS ASA , benda itu tidak mungkin membantu anda untuk BERJAYA..

.
Oleh itu janganlah rasa mengalah sedangkan anda telah pun bertitian di jambatan KEJAYAAN. Hanya beberapa langkah saja lagi..

.
Jika rasa perlukan VITAMIN ROHANI, mulalah amalkan zikir harian untuk mententeramkan JIWA anda. Jika berada di PUNCAK kegagalan sekalipun, janganlah dengan mudah anda mendengar kata SYAITAN untuk mengalah dan kecewa.Teruskan perjuangan tanpa henti kerana pada setiap usaha kita ada PAHALANYA..Inshaa Allah..

.
Selamat HARI ISNIN!

.
#alabbasmalaysia
#dothesunnah

Sabtu, 11 November 2017




WARNA TUDUNG ADA KENE MENGENA DENGAN WARNA KULIT??
.
.
Hmmm.. Uolls akan nampak lebih berseri & kebaboom jika pakai WARNA yang sesuai dengan kulit wajah. Haaa gituuuuu
.
.
Pemilihan warna tudung yang sesuai dengan kulit wajah mampu mempengaruhi penampilan diri seseorang wanita.
.
.
Jangan terkejut, DULU DoktorImej pun kadang-kadang BERJAM-JAM nak pilih tudung sesuai ke tidak dengan baju.
.
.
Tapi bila dah belajar & praktikkan.. petik je jari..terus idea mencurah-curah.. bahhaahha (kidding)
.
.
Pernah tak, tersalah beli tudung? Masa time nak beli tu macam tak sabar-sabar nak try.. bila dah balik tengok cam tak sesuai...wauwuawuawua 😭
.
.
SOROK cepat-cepat dari booboo hahahhaha sebab nanti bingit telinga dengar dia membebel. 😏
.
.
Jadi, nak make sure uolls..iolls tak tersalah beli tudung, jom DoktorImej share this few tips ok?...
.
.
KULIT SAWO MATANG
.
Usually, wanita yang mempunyai kulit sawo matang , warna tudung yang PALING sesuai ialah PASTEL
.
Warna pucat dan lembut, merah manggis (maroon), putih kekuning-kuningan (cream) , biru tua, unggu dan hitam.
.
.
Manakala, warna merah, hijau tua, kuning, grey & dark chocolate - warna yang paling TAK SESUAI untuk kulit sawo matang.
.
.
KULIT KUNING LANGSAR
.
If warna kulit kita jenis ini, pilih tudung yang berwarna merah.
.
.
Merah jambu, & biru. Pastikan JANGAN pakai warna-warna bernuansa emas seperti karamel, coklat & oren kerana ia boleh membuatkan kulit wajah kelihatan pucat.
.
.
KULIT PUTIH GEBU
.
Wanita berkulit wajahnya PUTIH akan kelihatan pucat IF menggayakan tudung berwarna putih, warna pastel (warna pucat dan lembut) dan warna kuning.
.
.
So that, pilihlah tudung yang berwarna garang dan tegas seperti HITAM, MERAH, UNGGU dan BIRU.
.
.
KULIT HITAM MANIS
.
Wanita berkulit gelap tidak semestinya tidak cantik.
.
Jika uolls bijak memadankan warna tundung dengan kulit sudah confirm mafirm hasilnya akan kelihatan menawan dan dominan.
.
.
So, choose this colors - NEUTRAL ataupun LEMBUT kerana ia akan menjadikan kulit yang gelap tadi kelihatan lebih CERAH.
.
.
Antara warna yang sesuai is - warna PASTEL (pucat dan lembut), warna GOLD, SILVER & LAVENDER (gandaria).
.
.
BUT...STOP!!!!
.
AVOID pakai tudung yang bewarna GELAP seperti COKLAT, HITAM dan OREN kerana ia akan membuatkan wajah kelihatan lebih gelap.
.
.
.
Boleh hadam tak? simple and easy je kan..
.
Saya harap lepas ni uolls, iolls dah POWER & MASTER in this colors & shawls. hehehhehe
.
.
Sila SHARE ye 😍😘
.
.
Xoxo
Irene Halimi
#DoktorImej

#sharing
#alabbasmalaysia
#dothesunnah


Khamis, 9 November 2017

Rawatan Acupuncture untuk 'Si Perokok Tegar'





Mahu berkongsi dengan kata2 sahabat saya Dr Wan Asmara, doktor di Sabah.

"Barang siapa yg hisap rokok lbh dr 10btg sehari selama lbh 15thn berturut2, kebarangkalian utk kena kanser paru2 adalah 150%.....ramai yg mati tanpa menyedari yg dirinya sdh pun ada kanser paru2...contohnya bila mati eksiden,bila bedah siasat didapati ada kanser stage 1...."

.
Tahukah anda dengan Rawatan Acupuncture boleh membantu 'Si Perokok Tegar' untuk berhenti merokok walaupum selama hidupnya tidak pernah berhenti merokok? Kami di Al-Abbas Malaysia ada rawatan alternatif dan Alhamdulillah ianya membantu mereka yang digelar Perokok Tegar ini..

.
Janji NIAT kan yang baik-baik dan Allah swt permudahkan. Kami nak educate dan bagi awareness bahawa MEROKOK membahayakan kesihatan anda.Dan juga orang-orang disekeliling.

.
Inshaa Allah kami juga niat membantu dan jika anda memerlukan service kami , boleh emailkan ke alabbasmalaysia@gmail.com ..

.
#alabbasmalaysia
#dothesunnah

Rabu, 8 November 2017

JOM BERZIKIR!




Bermula harini , jomlah kita amalkan Zikir pada setiap sebutan di bibir supaya sentiasa diberi Rahmat Allah swt dan dipermudahkan urusan seharian kita. Yang ditimpa masalah juga akan mendapat ketenangan Inshaa Allah. Jangan pernah lalai atau alpa dengan sebutan-sebutan ini..

.
Yang pastinya setiap amalan baik kita lakukan pasti ada GANJARANNYA.Mulakan dan amalkan setiap masa pasti perkara ini akan menjadi sangat mudah untuk anda PRAKTISKAN..

.
#alabbasmalaysia
#dothesunnah

Selasa, 7 November 2017




Akupunktur?
.
Akupuntur adalah suatu teknik rawatan alternatif berkonsep penusukkan jarum-jarum akupuntur di bahagian-bahagian tertentu pada tubuh seseorang. 

.
Dalam Teori Akupuntur, mengatakan bahawa penyebab umum sesuatu penyakit itu adalah tersumbatnya laluan meridian-meridian di alam tubuh seseorang, sehingga chi seseorang tidak dapat mengalir sebagaimana asalnya. 

.
Akupunktur juga digunakan untuk estetika / kecantikan. Disamping untuk tujuan pengubatan, akupunktur juga dapat digunakan sebagai agen untuk meningkatkan antibodi, pencegahan penyakit, dan untuk meningkatkan stamina tubuh.

.
Teknik ini selamat dan sesuai dilakukan untuk tujuan slimming and beauty.Oleh itu,set ur mind setiap effort untuk menjaga kesihatan kecantikan secara semulajadi ,we go for nature.Inshaa Allah..

.
2 hari Class Acupunture bersama Presiden Acu Bekam semalam memang sangat memberi banyak Ilmu dan manfaat buat saya dan suami. Dimana ianya merupakan titik permulaan Ilmu kami dalam bidang Acupunture dan menjadi Inspirasi untuk menjadi Acupunturist seperti beliau.Yang penting minat dan Ilmu dan niat untuk membantu setiap orang dari segala masalah kesihatan dan kecantikan.Itu adalah visi misi kami.Jadi, mohon doakan yang baik-baik dan doakan kami berjaya..Inshaa Allah..
.
Inshaa Allah kami akan berikan service dan touch terbaik untuk yang memerlukan...

Isnin, 6 November 2017

Ayat Hari Ini




Ya ayyuha allatheena amanoo la taqooloo raAAina waqooloo onthurna waismaAAoo walilkafireena AAathabun aleemun

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "raaina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "unzurna", dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

Al-Baqara (2:104)

Isnin 6Nov
AH 1439 Safar 17

#ayathariini
#alabbasmalaysia
#dothesunnah

Ahad, 5 November 2017

5 Motivasi Hidup Untuk Build Semangat




Lupakan rasa sedih dan kecewa kelmarin dan yakinlah untuk bahagia hari ini. Tersenyumlah kerana kejayaan telah menantimu hari ini. Kumpulan kata kata motivasi hidup terbaik ini akan membantu kamu untuk menggapai mimpi hari ini.

.

Jangan pernah berkata “mungkin”

Untuk hari baru, jangan mulai dengan keraguan. Jangan katakan ‘mungkin saya bisa melakukannya’, tapi katakan ‘saya bisa melakukannya’. Kata ‘mungkin’ membuat semuanya terlihat berat dan mustahil.

Ketika kata kata motivasi hidup dan tekad bersatu dalam diri, anda bisa melakukan hal yang tidak pernah bayangkan. Yakinlah bahwa suatu hari, kata kata motivasi hidupmu akan berubah menjadi kata kata motivasi sukses yang menginspirasi.

Bersiap untuk hari esok

Untuk sebuah hari baru, buatlah kejutan untuk diri sendiri. Lakukan yang terbaik yang kamu bisa lakukan, seakan besok kamu akan jadi kaya. Persiapkan hari ini, seakan ada sebuah keinginan yang akan kamu wujudkan hari ini.

Bersenang-senanglah dalam pekerjaan anda

Untuk kamu para pejuang hidup, tersenyumlah dalam mengerjakan bagianmu hari ini. Lupakan ucapan boss yang galak! Hilangkan perkataaan negatif orang tentang anda! Kata kata motivasi sukses anda lebih berarti dari perkataan negatif tersebut.

Berfokus dan bersenang-senanglah dalam pekerjaan anda. Dengan kebahagiaan dalam bekerja, kamu dapatkan hasil yang kamu inginkan hari ini! Kata kata ini bisa menjadi kata kata motivasi kerja untuk selalu bersenang-senang dalam perkerjaan.

Fokus pada tujuan

Lihatlah kata kata motivasi sukses ini dan pertanyakan pada dirimu ‘Apa tujuanku hari ini?’ atau ‘apa tujuan hidupku?’. Jangan biarkan setiap hari mengalir tanpa anda tahu apa tujuan anda menjalani hari-hari.

Jika tujuanmu menyelesaikan pekerjaan , lakukanlah dengan kebahagiaan. Bertekad dan berdoalah sehingga apa yang kamu lakukan hari ini tidak sia-sia. Bersemangatlah seakan tujuanmu akan tercapai esok hari.

Buat setiap hari bermakna

Buka mata dan yakinlah ada makna indah hari ini! Yakinlah kamu tidak ingin melewatkan setiap detik hidup dengan sia-sia! Ketika muzik sudah memainkan iramanya, bersiaplah untuk membuat irama hidupmu sendiri.

.
Tetapkanlah matlamat anda setiap hari supaya ianya mudah untuk digapai dan dicapai..Inshaa Allah..

.
#alabbasmalaysia
#dothesunnah

Dugaan itu Rahmat dan Banyak Hikmahnya.

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman: 13) Apakah hikmah di sebalik dugaan:- Tand...