Khamis, 28 September 2017

Kelebihan YAASIN DIamalkan Malam Jumaat



Mengikut bijak pandai dan alim ulama Islam, terdapat beberapa fadilat di dalan Surah Yassin ini. Di bawah ini disusun fadilah-fadilatnya mengikut ayat-ayat dalam Surah Yassin tersebut.
• Ayat 1 – 9: Untuk keselamatan diri.
• Ayat 9: “Waja’alna….” – melindungi rumah kediaman dari pencuri – bacalah ayat ini dan tiupkan di setiap penjuru rumah. Ayat ini juga diusahakan untuk melindungi diri dari dianiaya. Bagi perlindungan diri dan rumah semasa masuk tidur – bacalah Ayat 9 ini dan diikuti dengan Al-Fatihah dan 3 kul.
• Ayat 12: Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap agar ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
• Ayat 13 – 35: Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
• Ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah dan memohon Allah memberikan hidayah kepada anak.
• Ayat 29: “In kanat illa….” – Untuk digunakan jika kita merasakan ada orang yang berniat untuk menfitnah atau aniaya kita. Selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut secara isyarat. Juga boleh diusahakan untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk dan tidak menyenangkan kepada anda.
• Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. di syurga nanti (ayat ini harus sentiasa berada dihati dan diamalkan).
• Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi lebih baik. Caranya: Ingatkan bahawa segalanya datang adalah dari Allah s.w.t, bahawa kita adalah umat Muhammad dan kita adalah orang Islam dll.
• Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan hidup subur.
• Ayat 36 – “subhanallazi..” – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Bagi tujuan untuk cari jodoh baca ayat ini dan tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada setiap pagi sebelum keluar rumah.
• Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – meningkatkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
• Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
• Ayat 39 – Mengisahkan tentang ilmu falak, di mana bulan dan matahari juga sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
• Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
• Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a.s. menaiki kapal – Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
• Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
• Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
• Ayat 49 – Menceritakan tentang hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama berlaku secara tiba-tiba. Diikuti dengan tiupan kedua yang memusnah dan menghancurkan dunia. Kemudian datang tiupan ketiga di mana semua manusia di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
• Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
• Ayat 58 – “Salamun…” – Merupakan salam daripada Allah. Ayat ini boleh diusahakan untuk mengubati sakit kepala, dengan membaca dan menyapukan ke kepala. Diulangi sebanyak 3x. Jika sakit anggota atau tidak tenang hati, maka bacalah 7x dan gosokkan pada tempat yang sakit atau di hati.
• Ayat 76 – “Falayahzun..” – Dijadikan amalan. Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa sambil mengurut dada, bacalah ayat tersebut.
• Ayat 78 – 79 – dari – “Yuhyil Wahiya…” – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang patah/ sakit tulang, sakit sendi, sakit lutut dan badan, untuk dijadikan doa bermula daripada ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”
• Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

• Ayat 82 – “Innama amruhu..” – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari – boleh dijadikan sebagai penawar. Jika air habis ulangi bacaan tersebut sehingga 40 hari.

.
In shaa Allah kita dapat Istiqomah dan amalkannya sebagai bekalan ibadah di akhirat kelak..
.
FN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dugaan itu Rahmat dan Banyak Hikmahnya.

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman: 13) Apakah hikmah di sebalik dugaan:- Tand...