Sabtu, 30 September 2017

Sayangi Keluarga Membawa Nikmat ke Syurga

SAYANGKAH ANDA DENGAN KELUARGA?

Sebut saja perihal keluarga,siapa yang tak sayang? Dimana permulaan hidup telah kita rasai dan nikmati sedari kecil lagi. Sebuah perkahwinan yang diredhai Allah swt yang merupakan suatu ibadah yang dituntut oleh syariat. Ia merupakan suatu usaha dan kesinambungan untuk melahirkan generasi khalifah Allah SWT di dunia ini. 

.


Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”


.
Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga, maka pincanglah masyarakatnya.Marilah kita menyemai nilai KASIH iaitu kasih sayang, akhlak mulia, sihat dan selamat, berilmu dan harmoni dalam kehidupan keluarga kita. 

Sebaik buruk mana sesebuah keluarga, beringatlah selagi kita menjaga silaturrahim ini sebaiknya, murahlah rezeki hidup kalian hingga ke akhirnya. Sentiasalah bermuhasabah bahawa tanpa keluarga,dimanakah puncak hidup kita ini? Tanpa kasih dan ihsan sayang keluarga, adakah kita adalah diri kita harini yang sentiasa menjadi idola dan panduan hidup orang lain? Renungkanlah wahai teman, sentiasa berbaik- baik dan buat perkara yang baik-baik saja..

.
FN

Jumaat, 29 September 2017

Salam Jumaat






Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.


“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat  Muslim r.a.)

Khamis, 28 September 2017

Kelebihan YAASIN DIamalkan Malam Jumaat



Mengikut bijak pandai dan alim ulama Islam, terdapat beberapa fadilat di dalan Surah Yassin ini. Di bawah ini disusun fadilah-fadilatnya mengikut ayat-ayat dalam Surah Yassin tersebut.
• Ayat 1 – 9: Untuk keselamatan diri.
• Ayat 9: “Waja’alna….” – melindungi rumah kediaman dari pencuri – bacalah ayat ini dan tiupkan di setiap penjuru rumah. Ayat ini juga diusahakan untuk melindungi diri dari dianiaya. Bagi perlindungan diri dan rumah semasa masuk tidur – bacalah Ayat 9 ini dan diikuti dengan Al-Fatihah dan 3 kul.
• Ayat 12: Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap agar ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
• Ayat 13 – 35: Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
• Ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah dan memohon Allah memberikan hidayah kepada anak.
• Ayat 29: “In kanat illa….” – Untuk digunakan jika kita merasakan ada orang yang berniat untuk menfitnah atau aniaya kita. Selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut secara isyarat. Juga boleh diusahakan untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk dan tidak menyenangkan kepada anda.
• Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. di syurga nanti (ayat ini harus sentiasa berada dihati dan diamalkan).
• Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi lebih baik. Caranya: Ingatkan bahawa segalanya datang adalah dari Allah s.w.t, bahawa kita adalah umat Muhammad dan kita adalah orang Islam dll.
• Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan hidup subur.
• Ayat 36 – “subhanallazi..” – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Bagi tujuan untuk cari jodoh baca ayat ini dan tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada setiap pagi sebelum keluar rumah.
• Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – meningkatkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
• Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
• Ayat 39 – Mengisahkan tentang ilmu falak, di mana bulan dan matahari juga sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
• Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
• Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a.s. menaiki kapal – Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
• Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
• Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
• Ayat 49 – Menceritakan tentang hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama berlaku secara tiba-tiba. Diikuti dengan tiupan kedua yang memusnah dan menghancurkan dunia. Kemudian datang tiupan ketiga di mana semua manusia di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
• Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
• Ayat 58 – “Salamun…” – Merupakan salam daripada Allah. Ayat ini boleh diusahakan untuk mengubati sakit kepala, dengan membaca dan menyapukan ke kepala. Diulangi sebanyak 3x. Jika sakit anggota atau tidak tenang hati, maka bacalah 7x dan gosokkan pada tempat yang sakit atau di hati.
• Ayat 76 – “Falayahzun..” – Dijadikan amalan. Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa sambil mengurut dada, bacalah ayat tersebut.
• Ayat 78 – 79 – dari – “Yuhyil Wahiya…” – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang patah/ sakit tulang, sakit sendi, sakit lutut dan badan, untuk dijadikan doa bermula daripada ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”
• Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

• Ayat 82 – “Innama amruhu..” – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari – boleh dijadikan sebagai penawar. Jika air habis ulangi bacaan tersebut sehingga 40 hari.

.
In shaa Allah kita dapat Istiqomah dan amalkannya sebagai bekalan ibadah di akhirat kelak..
.
FN

Rabu, 27 September 2017

Menjaga Kesihatan ala Rasulullah saw







Setiap dari kita mesti nak sentiasa SIHAT kan? Tapi, adakah lifestyle anda harini cukup mempengaruhi tahap kesihatan? Bila bercakap tentang sihat, banyak aspek dan faktornya. Dari awal bangun pagi sehinggalah saat kita nak tidur malam. Sepanjang harian kita tu apa aktiviti yang kita lakukan? Piawaian makan dan minum yang betulkah kita ikut setiap hari?Adakah anda pasti hidup anda bahagia dengan tahap kesihatan hari ini?

.
Kali ini saya ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.Cuba kita baca dan cuba kita amalkan pula setiap guide yang saya berikan ni.. 

.
Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang ?hendak kita pergi.
Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang?kan gundah di hati.
Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

.
Begitulah sedikit sebanyak amalan yang boleh kita cuba dan praktikkan dalam rutin harian hidup kita.Yang nak sihat sentiasa adalah diri kita sendirikan? Jadi sayangilah diri anda dengan apply perkara-perkara baik setiap hari untuk dapatkan tahap hidup yang baik dan gembira sepanjang zaman.In shaa Allah..

.
FN

Selasa, 26 September 2017

5 Langkah Hendak Jadi Kaya







5 Langkah Hendak Jadi Kaya..

Bila sebut je kaya, macam-macamlah yang diangankan. Macam-macam jugalah impian demi imppian disenaraikan bila sebut KAYA. Tapi, tahukah anda , untuk mencapai KEKAYAAN dan KESENANGAN bukan hanya istilah sebutan semata. Ianya mesti dimulakan dengan tindakan segera!Oleh itu, saya senaraikan 5Langkah yang wajib dipraktikkan..

.

#1-Jangan Hilang Fokus.


Jadi, langkah pertama hendak jadi kaya adalah dengan fokus untuk tambah pendapatan  anda secara berkala.Niat pastikan dari mula hingga akhir. Jangan terpesong di tengah jalan.,

#2-Simpan Bukan Untuk Simpanan.

Apabila sahaja ada peluang untuk melabur secara bagus dan boleh menambahkan lagi wang dalam akaun anda. Contohnya, melabur dengan unit trust atau buat property investment.Teruskan tindakan itu supaya cepat sikit duit tu beranak..

 #3-Bertegas Biar Pada Tempatnya.

Anda kena jelas dengan apa yang anda hendak lakukan dan dapatkan setiap hari, kemudian tegaskan nekad anda untuk mencapainya. Mulakan pada kadar yang segera dan anda pasti melihat perubahan yang positif..

 #4-Jalani Hidup Yang Ringkas.

Hiduplah dengan bersederhana sahaja Sehingga sampai saat itu, jalani gaya hidup seringkasnya. Tidak salah jika kita guna kereta terpakai, sewa rumah kos rendah dan jimat dalam berbelaja seharian. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..

#5-Betulkan Mentaliti Duit.

Kalau hendak jadi kaya, kena berani susah dan yang penting buat apa yang kita betul-betul minat, bukan buat secara terpaksa sebab semata nak dapat duit kerana apabila kita buat apa yang kita suka, kalau tidak menjadi pun pasti kita usahakan lagi sebab kita suka.Sebab kekayaan sebenar bukan bermula daripada kudrat semata tapi pemikiran anda penentu segalanya..
In shaa Allah sedikit perkongsian bersama dapatlah membuka hati dan minda anda agar niat murni awalnya tadi disertakan dengan tindakan tangkas dan cepat. Bayangkan jika anda sendiri dah menjadi KAYA dan SENANG, berapa ramai pula individu lain yang anda boleh bantu? Tempat kerja kitakan ladang PAHALA.Jadi, usahalah sebaiknya agar bertemu KEJAYAAN..
.
FN

Isnin, 25 September 2017

Isnin permulaan hari..

Alhamdulillah untuk sehari lagi kita masih berada di muka bumi Allah swt.Apa yang berlaku semalam telahpun berlalu. Yang gembira jadikan kenangan. Yang tak gembira jadikan tauladan atau lupakan terus. Tapi, masih ada ke hari tak gembira? Kerana apa agaknya?

.
Hari Isnin kita tahu adalah permulaan hari dari hari cuti.Bagi yang bekerja di Putrajaya macam sayalah sebab cuti umum kami Sabtu dan Ahad. So,weekend biasa memang packed dengan aktiviti. Semalam (Ahad) saya dan husband telah menghadiri kelas Ilmu Marketing Online. Dan impaknya sangat tinggi ,Alhamdulillah. Banyak juga teori dan praktikal yang kami belajar. Dari tak tahu jadi tahu terus! Terus rasa overpandai tauu!:)

.
And harini kita apply terus semua Ilmu semalan supaya kita tak lupa.Yelah, faktor usia ditambah anak 3 yang berapa banyak putus urat beranak tau.hihihi. Sebab tak nak ketinggalan lama-lama, kita buat dan jalan je terus. Mana yang kita ingat semalam kita apply harini. Jika continues buat kita pula boleh jadi cikgu nanti ..hihii.

.
Apa pun, teruskan hari Isnin anda dan penuhkan dengan perkara kebaikan dan manfaat untuk orang lain ok.Tiada hari yang tak bestlah? Semua pun best sebab kita tahu dan suka apa yang kita nak  buat..

.
FN

Ahad, 24 September 2017

APA ITU BEKAM?

APA ITU BEKAM?

Adakah bekam benar-benar membantu di dalam proses penyembuhan ini atau pun ianya hanyalah satu kaedah perubatan tradisional yang mengandungi amalan serta pantang larang yang bertindak mengurangkan kesan penyakit? Mari kita kenali apa itu BEKAM.

Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.


Berbekam adalah merupakan amalan yang sangat-sangat diutamakan oleh Rasulullah s.a.w ketika hendak merawat penyakit, mahu pun untuk mengelakkan penyakit. Bahkan baginda juga sangat-sangat menggalakkan para sahabatnya melakukan amalan berbekam ini. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyangkuti saranan berbekam ini. Di antaranya ialah seruan penghuni langit, iaitu para malaikat, ketika berlakunya peristiwa israk dan mikraj :
Dalam riwayat Tirmizi  dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi :

“ Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun  pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali mereka berkata, ‘Wahai Muhammad, perintahlah umatmu agar berbekam! ’” (Sohihul Jami’ : 5671)
Dari Ibnu ‘Abbas r.a :
“ Tidaklah aku berlalu di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali masing-masing dari mereka pasti mengatakan kepadaku, ‘Muhammad, hendaklah kamu berbekam! ”(Sohihul Jami’ : 5672, Al-Misykat : 4554).
Bayangkanlah, ketika di malam peristiwa yang amat bersejarah itu, ketika Rasulullah s.a.w di dalam perjalanan menemui Allah s.w.t, dan malam di mana perintah mengerjakan solat secara rasminya disyariatkan kepada umat Islam, para malaikat pula menyeru agar nabi Muhammad s.a.w dan umatnya berbekam. Ini menunjukkan betapa amalan berbekam bukanlah sesuatu yang harus diremehkan
.
Begitu hebat kisah berbekam ni.Kepada yang masih tak aware lagi bolehlah dapatkan info-info bekam dari page yang akan kami update dari masa ke semasa. Nantikan pembukaan Service Bekam Al-Abbas tidak lama saja lagi.In shaa Allah doakan..

.
FN





Dugaan itu Rahmat dan Banyak Hikmahnya.

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman: 13) Apakah hikmah di sebalik dugaan:- Tand...