Selasa, 26 Disember 2017

5 Power of SEDEKAH!




Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda: 


“Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari usahanya yang halal, maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan tangan kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah tabungnya yang sedikit, sampai menjadi gunung.”

(HR Bukhari dan Muslim)

Percayakah anda bahawa Sedekah itu membuatkan kita KAYA. Walaupun anda rasa anda belum kaya, tapi sedekah itu perlu diamalkan untuk anda menjadi KAYA. Biasa kita dengar, kaya nanti baru sedekah. Salah sangat tafsiran dia tu. Umpama menanam biji benihlah, nakkan menjadi pokok yang besar dan segar bermula dari mana tu? Sebab itulah kita kena sentiasa setkan minda, jika Aku bersedekah ,pahala yg Tuhan janjikan ialah berlipat ganda..

Jangan asyik bayangkan bagi duit , Tuhan gantikan duit juga. Salah tu! Yang Tuhan ganti biasanya REZEKI yang bentuknya lain yang kita sendiri tahu dan akan lihat sendiri. Sedangkan pahala pun kita tak boleh nampakkan? Tapi Tuhan janjikan berlipat kali ganda PAHALA nya jika kita bersedekah..

Antara 5 POWER OF SEDEKAH yang saya nak kongsikan ialah :-
1) UBAT SEGALA PENYAKIT
Sedekah merupakan ubat segala penyakit. Jika anda ada penyakit, tidak kiralah berbahaya atau biasa-biasa sahaja, bersedekahlah. Insya Allah, ada penawarnya.Selain itu, sedekah boleh mengubat penyakit hati seperti dengki, sombong, kedekut, riak, dan bongkak dengan harta yang dimiliki..

2) MENAMBAH HARTA
Seperti kita sedia tahu, sedekah akan menambahkan harta kita, BUKAN makin berkurang.Jadikan bersedekah sebagai amalan hidup anda, tidak kiralah banyak atau sedikit asalkan anda mampu.Allah tidak memandang pada nilai yang banyak atau sedikit, tapi keikhlasan hati anda..


3) MENANAMKAN PERASAAN BELAS KASIHAN 
Hulurkan apa yang anda mampu untuk mereka, tidak kiralah wang ringgit atau makanan. Mungkin anda terfikir “betul ke mereka ni miskin, mungkin dia sengaja mengada-adakan cerita ".
Jangan!
Cuba ikhlaskan hati, itu urusan dia dan Allah. Kita jaga urusan kita..

4) MEMANJANGKAN UMUR
Dari Amru bin Auf R.A katanya, Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Dari hadis berikut, dapat kita simpulkan dengan bersedekah Allah akan memanjangkan umur seseorang, jauhkan dari mati dalam keadaan mengaibkan dan menghapuskan sifat sombong, takbur dan riak..

5) MENAMBAH RASA SYUKUR 
Apabila kita bersedekah, akan timbul perasaan syukur dan nikmat dalam diri dengan rezeki yang diperolehi.
Jika kita tidak bersyukur, kita akan rasa rezeki tidak cukup walaupun dengan gaji yang besar. Sekiranya kita bersyukur dengan rezeki yang ada, hidup akan lebih bahagia dan aman.Untuk menambahkan rasa syukur, kita harus lihat pada orang yang lebih susah dari kita seperti peminta sedekah dan fakir miskin..

Begitulah kehidupan kita kawan! Ada yang bernasib baik hidupnya, ada juga yang tidak. Jika anda boleh amalkan sedekah setiap hari tanpa had, Inshaa Allah anda telah membawa diri melangkah ke pintu Syurga Allah swt kerana kita buat apa yang Tuhan suka..

#alabbasmalaysia
#dothesunnah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dugaan itu Rahmat dan Banyak Hikmahnya.

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman: 13) Apakah hikmah di sebalik dugaan:- Tand...