Selasa, 26 Disember 2017

5 Power of SEDEKAH!




Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda: 


“Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari usahanya yang halal, maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan tangan kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah tabungnya yang sedikit, sampai menjadi gunung.”

(HR Bukhari dan Muslim)

Percayakah anda bahawa Sedekah itu membuatkan kita KAYA. Walaupun anda rasa anda belum kaya, tapi sedekah itu perlu diamalkan untuk anda menjadi KAYA. Biasa kita dengar, kaya nanti baru sedekah. Salah sangat tafsiran dia tu. Umpama menanam biji benihlah, nakkan menjadi pokok yang besar dan segar bermula dari mana tu? Sebab itulah kita kena sentiasa setkan minda, jika Aku bersedekah ,pahala yg Tuhan janjikan ialah berlipat ganda..

Jangan asyik bayangkan bagi duit , Tuhan gantikan duit juga. Salah tu! Yang Tuhan ganti biasanya REZEKI yang bentuknya lain yang kita sendiri tahu dan akan lihat sendiri. Sedangkan pahala pun kita tak boleh nampakkan? Tapi Tuhan janjikan berlipat kali ganda PAHALA nya jika kita bersedekah..

Antara 5 POWER OF SEDEKAH yang saya nak kongsikan ialah :-
1) UBAT SEGALA PENYAKIT
Sedekah merupakan ubat segala penyakit. Jika anda ada penyakit, tidak kiralah berbahaya atau biasa-biasa sahaja, bersedekahlah. Insya Allah, ada penawarnya.Selain itu, sedekah boleh mengubat penyakit hati seperti dengki, sombong, kedekut, riak, dan bongkak dengan harta yang dimiliki..

2) MENAMBAH HARTA
Seperti kita sedia tahu, sedekah akan menambahkan harta kita, BUKAN makin berkurang.Jadikan bersedekah sebagai amalan hidup anda, tidak kiralah banyak atau sedikit asalkan anda mampu.Allah tidak memandang pada nilai yang banyak atau sedikit, tapi keikhlasan hati anda..


3) MENANAMKAN PERASAAN BELAS KASIHAN 
Hulurkan apa yang anda mampu untuk mereka, tidak kiralah wang ringgit atau makanan. Mungkin anda terfikir “betul ke mereka ni miskin, mungkin dia sengaja mengada-adakan cerita ".
Jangan!
Cuba ikhlaskan hati, itu urusan dia dan Allah. Kita jaga urusan kita..

4) MEMANJANGKAN UMUR
Dari Amru bin Auf R.A katanya, Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Dari hadis berikut, dapat kita simpulkan dengan bersedekah Allah akan memanjangkan umur seseorang, jauhkan dari mati dalam keadaan mengaibkan dan menghapuskan sifat sombong, takbur dan riak..

5) MENAMBAH RASA SYUKUR 
Apabila kita bersedekah, akan timbul perasaan syukur dan nikmat dalam diri dengan rezeki yang diperolehi.
Jika kita tidak bersyukur, kita akan rasa rezeki tidak cukup walaupun dengan gaji yang besar. Sekiranya kita bersyukur dengan rezeki yang ada, hidup akan lebih bahagia dan aman.Untuk menambahkan rasa syukur, kita harus lihat pada orang yang lebih susah dari kita seperti peminta sedekah dan fakir miskin..

Begitulah kehidupan kita kawan! Ada yang bernasib baik hidupnya, ada juga yang tidak. Jika anda boleh amalkan sedekah setiap hari tanpa had, Inshaa Allah anda telah membawa diri melangkah ke pintu Syurga Allah swt kerana kita buat apa yang Tuhan suka..

#alabbasmalaysia
#dothesunnah

Rabu, 6 Disember 2017

Keberkatan Membaca Surah Yaasin Setiap Pagi




Rasulullah SAW bersabda;

1.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“.

2.  “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.”

3.  “ Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”

4.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.”

5.  “Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.”

6.  Maqri rahmatullah ‘alaih berkata, “Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.”

7.  “Jikalau seseorang itu membaca Surah Yassin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.”

8.  “Apabila datang ajal orang yang suka membaca Surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”. 


Surah Yaasin (سورة يس) adalah surah ke-36 dalam Al Quran. Surah ini terdiri atas 83 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah serta diturunkan selepas surah Aj-jin. Dinamakan Yaasin kerana dimulaikan dengan huruf Ya – sin. Sebagaimana halnya erti huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surah Al Quran yang lain, maka demikian pula ertinya Yaasin yang terdapat pada permulaan ayat surah ini, iaitu Allah mengisyaratkan bahawa sesudah huruf tersebut akan dikemukakan hal-hal yang penting antara lain: Allah bersumpah dengan Al Quran bahawa Muhammad SAW benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.

Keberkatan Membaca Surah Yaasin Setiap Pagi

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin , ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

#alabbasmalaysia
#dothesunnah



7 DOA PENENANG HATI YANG UNTUK MENGHILANGKAN STRES, SEDIH, DAN GELISAH

5 DOA PENENANG HATI YANG UNTUK MENGHILANGKAN STRES, SEDIH, DAN GELISAH

Berikut adalah himpunan doa penenang hati dari Al-Quran dan hadis yang boleh diamalkan. Ianya pendek dan mudah dihafal.

DOA 1

اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ

(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’.)
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh
– Sahih Bukhari

DOA 2

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث

(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)
Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.
– Hadis Riwayat Tirmidzi

DOA 3

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla)
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”
– Sahih Ibnu Hibban

DOA 4

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
– Sahih Bukhari

DOA 5

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ

(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.)
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
– Surah Al-Anbiya’ Ayat 87

DOA 6

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

(Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli)
Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.
– Surah Taha Ayat 25-28

DOA 7

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

(Hasbunallah wanikmal wakil)
Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami 
– Surah Al-Imran Ayat 173

SEMOGA KITA LEBIH POSITIF MENGHADAPI UJIAN ALLAH

Adalah lumrah bagi manusia untuk berasa ‘down’ atau kecewa terhadap apa jua yang ditakdirkan kepada diri mereka. Namun percayalah itu semua merupakan ujian Allah yang mahu menguji hambaNya agar kembali mengadu dan pasrah kepadaNya. Yang penting, sabar dan mintalah pertolongan Allah kerana Dialah sahaja Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong”.  (Hadis Riwayat Tirmizi)

#alabbasmalaysia
#dothesunnah

Selasa, 5 Disember 2017

Bacaan WAJIB!




Sebelum tidur saya mainkan surah-surah berikut di youtube. Sambil nak lena tu, sebab terlalu banyak yang difikirkan kadang sukar tidurkan? Bila adanya bacaan ayat-ayat Al-Quran ni, jiwa jadi tenang dan mudah tidur. Bangun pagi pun senang sangat. Itulah saya bila dihimpit masalah dan ujian berat. Mesti nakkan jiwanya yang tenang untuk hidup tenang . Things yang boleh buat hati saya jadi damai dan tenang even menangis sekuat hati dalam hati.

#alabbasmalaysia #dothesunnah

Isnin, 4 Disember 2017

Mary Kay MELACEP




Setelah hampir 9 bulan saya menggunakan skincare Mary Kay, saya sangat berpuas hati dengan kesan dan permulaan hanya menggunakan Timewise Repair dan juga Botanical. Kini saya bertukar pula ke Melacep. Best tau cikpuan dengan Marykay tak perlu risau masalah kulit. Alhamdulillah semuanya sesuai dengan kulit saya. Sekali beli berbulan-bulan melampau tahan nya.hihiii

Sedikit info ingin saya kongsikan tentang Mary Kay MELACEP. Yang dah cuba dan amalkan mesti setuju dengan saya.Yang belum boleh cuba or PM kita nanti kita share more info..

Untuk mendapat kulit lebih mulus dan jelita, Mary Kay MelaCEP Plus+™ Luminous System adalah jawapannya. Regimen lengkap untuk memberi manfaat kilauan termasuk bercahaya, kecerahan, ketulenan, tona sekata dan penghidratan. Diformulakan dengan ekstrak edelweiss, ekstrak alga, dan asid amino sayur-sayuran. Campuran esklusif bahan-bahan ini mensasarkan melanin, yang boleh membantu mengurangkan kemunculan tompok gelap.
Direka dan diuji pada kulit Asia, MelaCEP Plus+™ Luminous System mempunyai lima produk – Ultimate Serum, Foaming Cleanser, Freshener, Mask dan Ultimate Cream – semua menyediakan penghidratan segera dan bermanfaat mencerahkan dan mengekalkan dari masa ke masa. Produk yang sesuai untuk jenis kulit kering, normal, kombinasi atau berminyak dan ia melembut dan tidak merengsa.
Kebiasaannya krim produk pencerahan dilihat memberi pengeringan pada kulit tetapi Ultimate Cream dari MelaCEP Plus+™ Luminous System telah dibangunkan khusus untuk memberi kelembapan apabila digunakan tidak kira pada waktu siang dan malam, serta Ultimate Serum menjaga kulit tanpa mengeringkan. Jadi kulit berasa lebih sihat selepas digunakan.
Faedah MelaCEP Plus+™ Luminous System :
  • Meningkatkan kilauan kulit dan bercahaya
  • Mencerahkan kulit
  • Membantu kulit kelihatan lebih bersih
  • Memberi kulit kelihatan lebih sekata tona
  • Membantu meningkatkan, mendapatkan semula dan mengekalkan kejernihan kulit
  • Meningkatkan penampilan keseluruhan kulit wajah
Pada yang ingin dapatkan produk Mary Kay boleh juga emailkan pada saya ok. There are more info and info yang wajib kita share untuk kebaikan bersama. Inshaa Allah

#alabbasmalaysia 
#dothesunnah


Jumaat, 1 Disember 2017

Salam Maulidurrasul 1439H

Assalamualaika Ya Rasulullah, 
Assalamualaika Ya Habiballah.
.
Sesungguhnya kami rindu padamu Ya Rasulullah~
.
.
Raihan - Ya Rasulullah
.
.
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Karena pancaran ketenanganmu
.
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
.
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
.
Kami rindu padamu
.
Allahumma sholli 'alaa Muhammad
Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim
.
Allahumma sholli 'alaa Muhammad
Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim
.
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
.
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu
.
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu

#alabbasmalaysia
#dothesunnah

Dugaan itu Rahmat dan Banyak Hikmahnya.

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman: 13) Apakah hikmah di sebalik dugaan:- Tand...