Jumaat, 12 Januari 2018

Dugaan itu Rahmat dan Banyak Hikmahnya.


"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
(QS. Ar-Rahman: 13)


Apakah hikmah di sebalik dugaan:-

Tanda Allah masih sayangkan kita.  Setiap dugaan yang Allah berikan itu adalah sebagai tanda Tuhan masih sayangkan kita lalu diberikan oleh Nya peringatan agar kita cepat sedar dan beristighfar serta kembali ke pangkal jalan.  Jika Allah tidak sayangkan kita maka pastilah Allah biarkan sahaja kita lakukan sesuka hati dan dibiarkan mati dalam keadaan sesat dan kufur.  Allah suka apabila kita memujiNya, meminta kepadaNya dan merintih di hadapanNya.  Sebab itulah Allah berikan kita sedikit kesusahan agar kita tidak terpedaya dan lalai dalam kehidupan yang sementara ini.

Begitulah hebatnya Allah s.w.t.  Disebalik dugaan, musibah dan ujian itu tersembunyi pelbagai nikmat dan rahmat yang besar.  Hanya hati yang celik sahaja mampu melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.  Ada ketikanya kita rasakan sesuatu itu baik untuk kita tetapi sebenarnya tidak dan begitu juga sebaliknya.  Oleh itu berserahlah kepada Allah dengan penyerahan yang sebenar-benarnya.  Teruslah berfikiran positif dengan mencari hikmah, kebaikan dan kekuatan atas segala ujian, keburukan dan kelemahan.

#alabbasmalaysia
#dothesunnah

Khamis, 11 Januari 2018

Rezeki Berkat


Antara kesan daripada rezeki yang berkat:

1)   Kita sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang diperolehi sentiasa cukup malah berlebihan.  Tidak terfikirkah kita bagaimana orang yang tinggal di kampung dan luar bandar boleh membesarkan sepuluh orang anak dengan hanya membanting tulang menoreh getah atau  menuai padi.  Sedangkan kita di bandar dengan gaji beribu dan hanya dua tiga orang anak tidak pernah merasa cukup.  Malah ada yang bergaji lebih sepuluh ribu ringgit tetap tidak merasa cukup. Jika rezeki kita berkat maka Allah akan cukupkan keperluan kita.

2)   Akhlak dan perilaku suami, isteri dan anak-anak hebat.   Banyak masalah sosial anak-anak dan penceraian berlaku hasil dari rezeki yang tidak berkat.  Apabila rezeki itu berkat ia akan dapat dilihat melalui aklah anak-anak yang positif dan perilaku mereka yang cemerlang.  

3)   Mudah menjaga solat dan melakukan ibadah lain seperti umrah dan haji.  Apabila rezeki yang diperolehi itu berkat, hati kita bersih dan minda kita tenang.  Mudah bagi kita untuk solat dan beramal ibadat.  Rezeki yang berkat akan memudahkan kita sampai ke tanah suci Mekah.  Ramai orang yang mendapat rezeki yang tidak berkat takut untuk ke tanah suci kerana bimbang akan balasan Allah secara tunai di dunia ini.  Walhal, tanah sucilah tempat untuk bertaubat, membersihkan diri dari dosa dan memohon keberkatan.

4)   Orang di sekeliling suka kita.  Apabila rezeki kita berkat semua orang sayang kita.  Sebab kita suka belanja mereka dan mehulurkan sedekah dan bantuan.  Orang suka dekatikita kerana mereka dapat rasakan keikhlasan dan aura positif yang terpancar dari dalam diri kita.

5)   Orang suka datang rumah dan menziarahi kita.  Rumah kita bagikan magnet.  Ada sahaja saudara, kenalan atau jiran yang mengunjungi kita.  Mereka yang datang itu akan bawa pahala dan pukangnya mereka akan menghapuskan dosa kita.  Malah, rezeki pula bertambah murah dan ada sahaja yang kita perolehi tanpa disangka-sangka.

6)   Anak-anak cemerlang dalam pelajarannya.  Apabila rezeki itu berkat, jiwa dan minda anak-anak juga bersih.  Jiwa dan minda yang bersih membolehkan mereka tumpu pada pelajaran dan apa yang dipelajari itu pula mudah difahami dan lekat dalam kepala.  Hasilnya, keputusan peperiksaan anak-anak cemerlang.  Malah anak kita juga menjadi contoh dalam banyak perkara dan aktiviti disekolah.  Dia dilantik untuk memegang jawatan dan menjadi kesayang guru dan rakan.

7)   Doa yang makbul.  Keberkatan rezeki membuatkan permohonan dan doa kita dimakbulkan oleh.  Sebab Nabi SAW memang ada menegaskan bahawa antara faktor yang menghalang makbulnya doa itu adalah makanan dari sumber yang haram.

Inshaa Allah..

#alabbasmalaysia
#dothesunnah


Rabu, 10 Januari 2018

Bilakah kali terakhir Luang Masa Bersama Anak?


Bilakah kali terakhir anda luangkan masa bersama anak?Apakah ibu bapa terlalu menumpukan perhatian mengejar kebendaan sehingga mengabaikan anak?

Tahukah anda?

Bagi ibu bapa bekerja, mereka hanya mempunyai lima hingga 10 minit berkomunikasi dengan anak. Bakinya, apabila ibu bapa pulang ke rumah, anak masuk ke bilik masing-masing..

Anak pula terperap di bilik dan tidak berlaku proses komunikasi antara ayah dengan anak. Ini menyebabkan hubungan antara anak dengan ibu bapa semakin renggang..

Begitulah kehidupan seharian yang penuh dengan rutin dan keterdesakan hidup untuk bekalkan keluarga dengan segala keperluan yang lengkap. Tapi janganlah kita alpa dengan sifat-sifat kemanusiaan yang memerlukan kasih sayang dan sentuhan terutamanya..

Dalam masa 24 jam sehari, pastikan kita sentiasa aware dengan keadaan keluarga terutama anak-anak. Mereka ini masih rapuh dan lembut hatinya. Jika ibu bapa tak ambil tahu dan pantau mereka, jangan salahkan mereka jika berlakunya perkara yang diluar akal waras kita.Dunia sekarang KEJAM dan tidak selamat untuk dibiarkan seseorang itu bersendirian.Peluk dan ciumlah anak-anak kita sepanjang masa tanda kasih dan ihsan nya kita kepada mereka..

#alabbasmalaysia
#dothesunnah

Dugaan itu Rahmat dan Banyak Hikmahnya.

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman: 13) Apakah hikmah di sebalik dugaan:- Tand...